Jumaat, 4 April 2014

Lata Belatan


Selain dari Pulau Perhentian, Daerah Besut,Terengganu mempunyai beberapa hutan lipur yang amat menarik untuk dikunjungi lebih-lebih lagi dimusim panas yang membahang ini. Antaranya ialah Lata Tembakah dan Lata Belatan..... 

Pagi tadi atas ajakan anak-anak aku berkunjung ke Lata Belatan. Jarak Lata Belatan dari bandar Jerteh adalah 15km.... Bertolak jam 9.30 pagi dan pulang dalam pukul dua belas tengah hari ... Sekejap pun jadilah kata anak-anak


Terkejut juga aku kerana lama tak datang. Bayaran perkhidmatan telah dikenakan, RM2.00 untuk dewasa kanak-kanak RM1.00. Hutan lipur ini dibawah jagaan/seliaan Jabatan Perhutanan Terengganu


Sebelum masuk bayar dulu  dipondok pengawal


Jambatan gantung menyeberangi sungai untuk ke tempat perkelahan

Antara deretan kedai yang disediakan


Lata Belatan juga merupakan pintu masuk untuk mendaki Puncak Gunung Tebu.... rindu rasanya.. dah lama aku tidak mendaki gunung ini. Kali terakhir ialah pada tahun 2007. Aku merupakan sebahagian daripada jurupandu arah... mengambil upah untuk membawa kumpulan-kumpulan pendaki kepuncak... terlalu banyak kenangan pahit manis disini.... paling-paling kurang 7 kali dalam setahun aku mendapat peluang untuk membawa peserta-peserta... hujan ribut dan petir biasa ditempuhi... itu dulu waktu stamina berada dipuncak


Tapak perkhemahan

 Musim kemarau menyebabkan air berkurangan




Tandas Awam


Denai untuk aktiviti trekking


Tempat persalinan lelaki dan wanita


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates