Isnin, 14 April 2014

LA Hot Spring - dinginnya air

Share it Please


Biasanya orang yang datang ke Air Panas La, di daerah Besut atau pun di kenali juga dengan nama LA Hot Spring akan mengunjungi dikawasan berhampiran dengan kolam air panas. Biasanya pengunjung-pengunjung dari daerah luar akan tertumpu di kawasan tersebut... 


Berbeza pula dengan penduduk tempatan dan kampung sekitar di daerah ini... mereka mengunjungi dari sisi yang berbeza. 

Ke atas sedikit dari kawasan takungan kolam air panas terdapat satu aliran sungai dan jeram kecil yang terlindung dari cahaya matahari, menambah kedinginan air sungai. 



Dongak keatas.. cantiknya dahan dan ranting pokok yang memayungi menambah keredupan dan kedinginan air. 


sungai yang cantik

Cuaca yang panas membahang ini.... apakata kalau berendam sejam dua, nikmati kedinginan air


Batuan yang disusun menjadi takungan air dan jeram kecil untuk anda berendam

Tiada ulasan: