Rabu, 23 April 2014

Kembali 'bergatih'

Share it Please
Sudah dua bulan aku tinggalkan aktiviti ini... selepas demam hari tu, aku terus jadi malas dari melakukan aktiviti 'bergatih' (kayuh) basikal untuk mengeluarkan peluh.


Petang kelmarin aku mula aktiviti ini dengan sekadar ronda-ronda sampailah ke baruh (sawah padi) sejauh satu kilometer... pergi balik dua kilo.


Berhenti sekejap di sebuah wakaf tengah baruh tiba-tiba keluar seekor burung... kalau kat sini orang panggil 'burung ayam man' atau burung ayam.. kat tempat lain aku tak pastilah.


Lepas tu pulak tergedek-gedek sekor pula.. aku rasalah yang depan tu betina dan yang belakang tu jantan.. sebabnya mana ada betina yang kejar jantankan. Dua-dua ekor ni tak perasan yang aku berada berhampiran dengannya... aku cuba untuk shoot sepaling hampir tetapi memandangkan aku cuma gunakan henpon S4 zoom setakat sepuluh kali zoom je mampu... masa nilah mula aku bersungut bersendirian.... rugi-rugi kalau pikul nikon tadi dengan lens 70mm-300mm kan best dapat shoot lagi dekat


Bila aku cuba untuk berada sedekat mungkin ketika inilah burung ini mula menyedari yang ada manusia berhampirannya tetapi masih tidak melarikan diri tetapi disebabkan sebuah motorsikal yang lalu waktu ini maka  aku tidak dapat merakam lagi detik-detik yang terbaik.... 

Dua tiga tahun dulu burung ini seakan tidak kelihatan di sawah-sawah padi dikampung aku, kini Alhamdulillah spesis burung ini semakin banyak. Burung ini merupakan spesis burung yang dilindungi.


Dalam perjalanan pulang seekor burung dari keluarga bangau... burung penghijrah.... kalau kat sini popular di panggil dengan nama 'Tapong Baju' leka bertenggek  diatas kayu yang disediakan khas untuk burung jampuk dan hantu. 

2 ulasan:

Shark Kay berkata...

gambar last tu mmg terbeak.
elok jer burung tu tenggek atas tue.

RDZ Z berkata...

Ooo bergatih ke...hmmm..