Rabu, 23 April 2014

Keluduk

Tiba-tiba aje terasa nak bercerita tentang pokok 'keluduk' atau senduduk.... kesnya petang tadi aku pergi melawat kawasan  tanah yang pernah aku berkebun sayur dulu. Tanah ini terbiar tanpa aku usahakan bila ianya mula dipenuhi oleh lalang yang sudah tidak mampu dan dengan pelbagai usaha dilakukan untuk menghapuskannya tetapi semakin banyak tumbuh. Sebenarnya tanah ini tanah orang yang ku minta keizinan untuk diusahakan dengan sayur dan kini ditanam dengan pokok pisang.

Berbalik pada pada cerita pokok senduduk tadi... senduduk ... dibeberapa kawasan di kenali sebagai  keluduk atau juga kenduduk... nama botani Melastoma malabathricum L dari keluarga Melastomataceae...

Waktu kecil dulu buahnya  yang masak merekah biasa dimakan mentah, terasa sedikit manis tetapi mulut dan lidah akan berwarna ungu.... bila sakit gigi arwah datuk akan menyuruh aku mengunyah buah yang masak berwarna ungu ini... Arwah datuk yang kaya pengetahuan dengan tumbuhan hutan pernah menggunakan akar, bunga dan daun dalam beberapa kes seperti luka kecil, calar atau lebam daunnya akan ditumbuk sehingga lumat dan ditampal pada tempat yang terkena kes ini.

Seluruh bahagian pokok senduduk ini kaya dengan tanin*...mempunyai kesan antibakteria dan anti virus.

*nota.
Tanin merupakan sejenis bahan yang terdapat dalam banyak jenis tumbuhan..terutamanya teh pekat... memberi rasa kelat atau astringen.. bertindak balas dengan mengeraskan protien. Tanin yang masuk ke dalam perut boleh mengataasi bengkak atau radang didalam perut.. boleh menghentikan pendarahan, mengurangkan bengkak dan boleh melegakan mata yang letih
Sumber

4 ulasan:

Wafa Cw berkata...

banyak khasiat keluduk ni... :D Kecik-kecik dulu biasa makan buah dia... tapi sebab sikit sangat tak lah jadi faveret... buah kemunting jugak yang best!!!! hahahaha... :D
Ayah saya siap amik pokok tanam kat kampung... belah pasir puteh mana nak ada kemunting... dok besut dulu siap merayau dalam hutan kemunting cari buah, buat balik makan sambil tengok tv...hahahahaha

zamizi jusoh berkata...

sekarang ni musim panas sangat sampaikan buah kemunting kat sini tak cukup besar... kecut... budak-budak sekarang ramai dah yang tak makan buah kemunting

Wafa Cw berkata...

Budak-budak moden sekarang... mana makan buah kayu dah... buah jambu batu pon tak makan dah apa... :D

Ezelovesse7en berkata...

Time sekolah dulu, selalu dengar nama senduduk, selalu tengok gmbr, tak pernah lagi nmpk depan mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates