Isnin, 7 April 2014

Gambar lama..... menceritakan segalanya

Tengah belek-belek album tadi terjumpa dengan beberapa keping lama, gambar yang cukup meninggalkan memberi makna, penuh dengan kenangan tersendiri. Kenangan yang tak terlupakan. Kenangan sewaktu mendaki Gunung Tahan kali pertama yang sesungguhnya aku dah lupa tahun berapa.

Telah banyak gambar dari album aku hilang entah kemana... waktu/tahun ini, sewaktu aku mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Tahan. Mana ada lagi DSLR, kamera canggih manggih macam sekarang... jauh sekali telefon pintar. Kalau dah dapat SLR Nikon FM2 pun dah jadi satu kebanggaan. Bayangkan banyak mana aku bawa filem untuk kamera. Orang kampung aku panggil kodak.... tak kisahlah flem itu jenama apa tetapi dia orang tetap panggil kodak, macam pampers juga...

 Di Tapak Perkhemahan Di Gunung Gedung

Aku bersama dengan Pak Teh Mail, orang Kampung Merting Jerantut, Pahang yang mana waktu ini dia jadi jurupandu arah. Usia dia waktu ini dah pun mencapai 56 tahun tetapi masih gagah...

Bukit Botak

Nasib baiklah waktu ini dah ada handycam kalau tak sure aku bawak kamera video yang besar macam gambar kat bawah tu. Bawak beg satu hal pikul kamera pun satu hal juga..

Dunia sekarang senang... dengan satu gajet. Dengan hanya telefon pintar boleh merakam segalanya dari gambar biasa ke video... tak payah nak pikul. Senang untuk aktiviti trekking dan mendaki gunung


Haahh... engkau orang bayangkan kalau aku bawak kamera ni naik puncak gunung tu... susah... cukup bawa kamera tu je,.... beg aku kena upah orang bawa.

Abadikan kenangan di puncak

3 ulasan:

Zamani Abe berkata...

Assalamualaikum & Hi :)
Terima kasih diatas penyertaan Segmen Mini Power Bank Rakan Blogger sebelum ini. Segmen ini akan memasuki fasa kedua dimana 9 peserta akan dipilih menggunakan Random.Org dan salah seorang daripada mereka nanti berpeluang untuk memiliki Mini Power Bank yang ditawarkan.
Nantikan pengumuman 9 peserta tersebut di blog Zam pada minggu ini ya ;)

Wafa Cw berkata...

segak nampak time ni... :D
Seronoknya naik gunung Tahan... saya minat jugak manjat gunung ni...tapi tak pernah ada peluang...kalau ada peluang tak ada masa... sekarang dah tua hahahahaa...tak tentu larat lagi ke tak...

zamizi jusoh berkata...

Saya sendiri pun dah tak larat dah rasanya nak daki gunung... kalau setakat bukit-bukit tu rasanya boleh lagi... tu pun kena joging dulu sebulan dua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates