Isnin, 28 April 2014

Aktiviti Hari minggu

Share it Please
Bila setiap hari minggu di musim yang panas ini anak-anak akan mengajak untuk mandi di sungai yang airnya cukup dingin.... memandangkan sungai utama dibelakang rumah aku tu, Sungai Besut airnya sudah tidak sedingin dahulu maka seperti biasalah aku bersama-sama anak isteri akan ke La Hot Spring. 



Kala sebelum ini aku selesa ke Sungai Angga tapi kini kerja- kerja pembinaan Ampangan Paya Beda menyebabkan sungai disitu berkeladak dengan lumpur dan amat tidak sesuai untuk mandi. 


Kalau minggu lepas datang tanpa membawa apa-apa bekal tapi kali ini atas cadangan anak-anak aku bawalah sedikit bekal... ayam berempah untuk dibakar dan sedikit sosej.. daripada tak ada langsung. Yang kurang seronoknya bila semua anak tak datang .. anak sulong dan yang kedua ada urusan janji bersama rakan mereka.


Sampai ke mari jam 9.30 pagi ... awal.. takut tempat yang sempit dan selesa untuk mandi ini diambil orang. Bertolak balik jam 12.00 tengahhari... setengah jam untuk sampai ke rumah... sempat untuk solat jumaat... tujuan utama untuk mandi sahaja.

2 ulasan:

Wafa Cw berkata...

Hmmm... benda benda macam ni yang buat teringat nak balik belah sana ni... Bestnya tengok dok mandi dan buat BBQ sosej tu hahahaha... (Gambar pon nampak koho comey... :D Sedap mata memandang...huhuhu) Kat belah ni, dulu kalau rasa nak gi jeram, kena pergi belah Yan sana dalam sejam perjalanan... tapi sekarang tak ramai orang sebab satu air kurang, kemarau... dua sebab orang dok takut kes kencing tikus... rasa dah dekat 3 tahun doh tak gi mandi jeram... nak ke laut lagi lah belah ni... pantai selut... bukan pasir... nakk pergi waterpark... sekarang dah jemu dah, main benda tu jer... tak boleh BBQ pulak... Balik raya ni nak kena gi mandi jeram jugak ni... pelepas rindu...

zamizi jusoh berkata...

sekarang ni kawe hanya guna S4 Zoom jah.. dah tak guna lagi DSLR... Nikon D70 tu dah rosak di punya tapak sd card dan nikon D200 tu dia punya bateri dah kong .... intai-intai di Mudah.my dalam RM200 jugak... lagi pun sekarang ni dah kurang minat... segalla hobi dah banyak yang buang.