Jumaat, 21 Mac 2014

Selesai sudah mesyuarat itu

Selesai sudah mesyuarat untuk malam ini atau lebih tepat lagi bagi bulan ini. Mesyuarat JKKK ini sebulan sekali diadakan. Mesyuarat yang meleret dan dan kadang-kadang lari dari topik yang dibincangkan. Cerita pasal kambing, lembu, ayam, sawah padi macam-macam lagilah... biasalah hidup dikampung ni tidak boleh lari dari itu semua. Sampai ada yang nada tinggi, macam nak marah dan kadang-kadang ada yang menaikkan darah aku sampai aku rasa macam nak pergi tumbuk muka sorang-sorang jawatankuasa yang bersidang... itulah rencamnya mesyuarat kami..... tapi semuanya seperti adik beradik selepas bertekak dan bertegang urat leher akhirnya kembali ceria seperti biasa.

Dan tugas aku sebagai setiausaha catit apa yang patut dicatit dan asingkan apa yang dipanggil perbualan kosong.... rumit juga kadang-kadang tu. Selesai satu bab catit. Biasanya selepas catit aku tak boleh tunggu lama.. kena pindahkan catatan tu ke komputer secepat mungkin sementara kepala tengah penuh dengan ingatan... tak boleh tunggu lama-lama. Catatan dibuku aku tu bukan boleh pakai sangat. Kalau tunggu dua tiga hari lagi aku sendiri pun tak dapat baca apa yang aku tulis.... lebih hebat dari tulisan doktor..

1 ulasan:

Wafa Cw berkata...

whoaaaa setiausaha JKKK... ganah gitu... lepas tu baru siap tulis balik minit mesyuarat la kut ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates