Sabtu, 22 Mac 2014

Projek hobi

Share it Please
Bila satu batas kangkung dah habis dicabut... aku dok berkira-kira untuk menanam batas itu dengan sawi pula. Satu paket biji sawi tu aku beli dengan harga RM1.00. Kalau ikut pengalaman aku yang lepas dengan biji sawi sebanyak itu boleh mendatangkan pulangan dua tiga puluh ringgit itu pun setelah ditolak dengaan pengunaan sendiri.

Biji sawi telah siap ditabur diatas batas. Dalam masa dua minggu anak sawi cukup bersedia untuk dipindahkan ke tapak tanaman. Gambar bawah itu akan dijadikan sebagai tapak tanaman sawi dan kerja-kerja menambun tanah  belum selesai lagi. Alhammdulillah aku dibantu oleh anak-anak jantan yang cukup bertenaga.... badan-badan dia orang lebih besar dari aku.

Aku nak manfaatkan tanah ditepi belakang rumah yang tidaklah seluas mana. Meneruskan hobi yang bermula semenjak dari zaman remaja lagi.



Aku fikir nak serius tapi ruang yang sempit membataskan. Tiba-tiba mak aku bagi satu idea... aku rasa nak pakai idea tu... nak keluar modal dalam dua tiga ratus. Aku rasa aku belum bersedia lagi untuk dikongsi takut tidak berjaya. Kita tengok nanti apa idea mak aku tu.


Anak getah ni,.. sebulan dua lagi dapatlah aku pindahkan kat kebun di daerah Setiu nanti.

2 ulasan:

Wafa Cw berkata...

waaa steady... ada plan nak tanam getah... ada tanah luas tu kat setiu tu... seronok dok kampung... rindu pilak rasanya... :D

zamizi jusoh berkata...

Adalah sekar dua bahagian isteri...saya hanya membantu tenaga. ..