Ahad, 30 Mac 2014

Pesanan Sayidina Ali bin Abi Talib

1.   Tiada Solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk

2.   Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

3.   Tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

4.   Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak.

5.   Tiada kebaikan mengambil teman tanpa mampu saling sayang menyayangi.

6.   Nikmat yag paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

7.   Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandaskan dengan keikhlasan.

8.   Sesiapa yang banyak bicara maka banyak pula salahnya. Sesiapa yang banyak 
      salahnya maka hilanglah harga dirinya. Sesiapa yang hilang harga dirinya bererti dia 
      tidak warak. Sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

3 ulasan:

Miema Miemi berkata...

nice info :)

Wafa Cw berkata...

Alhamdulillah... satu peringatan ubat iman di hari isnin ini...
baarokallah ya akhi... :D

Invisible Me berkata...

Terima kasih peringatan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates