Isnin, 24 Mac 2014

Musim Makan Gulai

Share it Please
Sekadar hiasan

Rungutan dari seorang sahabat yang juga saudara terdekat dan tak lain dan tak bukan jiran tetangga..... yang keluh kesahnya ada kebenarannya.

"Masuk saja musim cuti sekolah, banyak undangan kahwin aku terima. Dalam sehari, dua tiga tempat aku pergi. Sekarang ni sekurang-kurangnya sepuluh ringgit. Sehari tiga tempat dah tiga puluh ringgit. Dalam seminggu ni aku terima lima belas undangan maknanya seratus lima puluh ringgit. Tak pergi tak boleh, tak elok, berdosa... putus silaturrahim. Lagi pun aku ada anak". Sahabat aku ni kerjanya hanyalah sebagai penoreh getah. Itulah satu-satunya mata pencariannya buat masa ini.

"Rabu ni, makan gulai rumah Haji Ya di Machang, mu kopon dok gi. Aku nok tumpang". sambung dia lagi.

'kopon' fikir sekejap.. hooo... confirmlah tu. Tak pe lah janji bunyi pon...pon.. belakang, samalah tu.

Aku angguk "kopon gi".

2 ulasan:

ros_reeza berkata...

kenduri..kenduri.. time ni lah nak makan pun nasi kenduri kan :)

Wafa Cw berkata...

Whoaaa belah nu ajar RM10... nasib belah belah ni dok RM5 lagi... tapi laki bini jadi Rm10 jugak... tu yang bawak semua anak sekali... (5 orang semua)..hahahah kira tak masak dah hari tu...
kopon sungguh nak gi tu? hahahahaha