Sabtu, 1 Mac 2014

Memancing di dalam kawasan ladang sawit

Semalam... Jumaat merupakan hari cuti dan aku seperti biasa balik ke rumah mertua di Kampung Sri Bayas, Ulu Seladang, Setiu. awal-awal lagi sudah merancang untuk memancing di dalam kawasan ladang kelapa sawit hinggalah di sungai Lubuk Belida.

 
Dari rumah mertua aku bersama dua orang anak serta adik ipar dan dua anak saudara berjalan kaki selama sejam merentas jalan bukit dan bekas laluan lori balak sebelum sampai ke kawasan ladang sawit. Kata adik ipar, bukan tiada laluan lain tapi jalan itu lebih jauh. Aku tidak bertanya lebih lanjut tentang keadaan jalan yang dimaksudkannya.



Lebih kurang empat puluh lima minit berjalan kaki kami sampai ke tempat pancingan pertama. Alor yang dalam dan luas sedikit. Kata adik disini dia terlepas toman yang menyambar jorannya. Tapi ini bukan destinasi utama kami. Tempat yang ingin kami tuju di hulu sungai ini.



 Kami berjalan menghulu sungai selama dua puluh minit ditepi sungai  aku terpandang sebatang pokok tinggi. keadaan pokok itu bila dipandang dari jauh nampak memang cantik. Bila mendekatinya hati aku sedikit rasa takut, dengan banir-banir akar yang berselirat seperti kediaman sang ular. Aku takut perkara yang pernah aku lalui (boleh baca SINI).


Dalam perjalanan anak terpandang dengan akar-akar pokok mati yang diterbalikkan oleh jentolak.  Cantik katanya dan minta si abah amik gambar untuk dimasukkan dalam facebooknya. Berbaj kuning ditngah tu merupakan anak keempat dikiri kanan tu anak sedara yang menjadi penunjuk arah dan si angah depan sekali pula tidak mahu bergambar.


Berjalan dalam keadaan cuaca panas terik cukup memenatkan untuk sampai ke tempat pancingan.


Akhirnya kami sampai ke medan pancingan. Ternyata parit-parit serta alor -alor kecil ini memang banyak ikan haruan, toman dan pelbagai jenis ikan air tawar. Cerita dari mertua aku disini dulu sebelum dijadikan ladang sawit merupakan sebuah paya. Kerana kerja-kerja penggalian parit bagi aktiviti perladangan maka air semakin berkurang dan populasi ikan juga makin berkurang kesan dari penggunaan kimia baja dan racun. Telah banyak spesis ikan yang dahulunya mudah ditemui seperti ikan limbat dan ikan kepal (seperti ikan patung atau puyu).


 Akhirnya kami dapat juga hasil pancingan hari ini ikan haruan puratanya sebesar lengan orang dewasa. Siangah dapat tiga ekor, anak keempat aku dapat dua ekor dan aku pulak dapat empat ekor, manakala anak sedara dua orang tu dapatlah dua tiga ekor sorang termasuk dengan adik ipar aku pua dapat dua ekor

Seronok aku dapat pegang. Kawasan di belakang aku ni dulu merupakan paya tempat si toman dan spesisnya bermain. Kawasan ini dulu dipanggil Lubuk Belida. Agak-agaknya banyak belida disini dulu


Dalam perjalanan pulang kerana panas, kami berhenti berteduh dibawah naungan daun kelapa sawit. Sambil menunggu adik ipar aku melakukan casting di sepanjang alor tu.


Dalam perjalanan pulang aku terjumpa dengan sekumpulan kanak-kanak memancing. Bila melihat dia memiliki motorsikal aku memujuk kanak-kanak ini menghantar kami pulang dengan bayaran sebanyak sepuluh ringgit. Bua dia yang minta tapi aku yang beri. Kanak-kanak ini tidak kisah. Rupanya adik ipar aku tidak maklum awal-awal yang jalan ini boleh dilalui oleh kereta cuma kena guna laluan yang lebih jauh lagi... Aduhai.. penatnya.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates