Isnin, 17 Mac 2014

Lagi-lagi cerita kangkung

Share it Please

Ahamdulillah, syukur dah dua hari hujan turun dan dua hari juga aku tak payah nak siram kangkung tu..

Berbalik pasal kangkung ni. Aku nak cerita sikit, tak payah banyak-banyak. Cerita tanam kangkung versi aku. Versi yang tak pernah kursus tanam menanam hanya berdasarkan pengalaman dan pakai main hentam aje. Bukan secara ladang tapi setakat sebatas dua.

Mula-mula aku bersihkan tanah dan sediakan batas tak payah besar-besar kalau tempat sempit. Batas dah sedia, lepas tu aku tabur najis biasanya najis ayam dan biarkan untuk seminggu kalau tiada hujan aku siramkan air atas batas tu.

Agak-agak najis ayam tu dah sebati dengan tanah dan dah kurang tahap kemasinan tanah bercampur najis tu, aku buat lubang memanjang dan taburkan benih kangkung, pas tu timbuskan tanah. Siramlah setiap hari pagi dan petang. Selepas seminggu setengah biji kangkung dah bercambah dan memanjang aku siram pula dengan air baja. Baja 15/15. Baja ini penting untuk pertumbuhan daun dan batang.

Biasanya tak sampai empat puluh hari kangkung ni boleh dicabut. Untuk tujuan jual aku tdak suka kerat batang dia sebabnya untuk kangkung darat ini pelanggan tidak suka keratan batang. Keratan batang sesuai untuk kangkung paya. Keratan batang membolehkan kangkung itu tumbuh pucuk yang baru.

Atas permintaan tuan punya warung sayur. Aku cabut lagi kangkung tu. Selepas kangkung aku dah rancang nak tanam sawi pula. Dibatas yang sama. Tanah bukit berbaja yang aku beli untuk semaian anak getah masih berbaki. Cadangnya, nak aku taburkan atas batas tu. Sesuailah untuk sawi

8 ulasan:

Akeyla Azmi berkata...

huhuhuhu :p bestnyaaa nak tanam gak lah lepah ni hehehe

zamizi jusoh berkata...

bagus.. kangkung ni patut ditanam .. sebabnya dia juga menjadi penawar. orang dulu-dulu menjadikannya sebagai penawar..terutamanya mabuk ubat

Wafa Cw berkata...

Oohh tanam pakai benih... kalau tak nak cabut untuk makan, kita kerat saja... dia jadi elok jugak dak kangkung tanam dari benih ni... dia menjalar macam kangkung paya jugak dak? Sebab kalau cabut... nanti nak kena tanam lain kan?

zamizi jusoh berkata...

kerat saja batang tu pun tak pe nanti dia tumbuh tunas baru, cuma baja tu kena jaga ....kangkung darat ni menjalar juga tapi taklah macam kangkung paya, batang dia cepat tua... kalau nak tau pokok tu dah tua tengok pada batang dia yang hijau tua dan keras

faizah muhammad berkata...

berbudi pada tanah. moga murah rezeki :)

CikLily Putih berkata...

bestnya dapat tanam kangkung sendiri... ishk jeles ni

zamizi jusoh berkata...

CikLily.. manfaatkan ruang yang sempit...

zamizi jusoh berkata...

Alhamdulillah.. bila rajin adalah sikit rezeki tu..