Sabtu, 8 Mac 2014

Ibu tertinggal anak

Share it Please

Pagi tadi, awal subuh.... bila tiba-tiba terdengar tangisan bayi di kawasan depan rumah. Tangisan anak kecil seperti itu biasa aku dengar kerana kawasan sekeliling rumah ku ini merupakan alor dan sentiasa menjadi laluan bagi si memerang.

Tapi tangisan tadi cukup kuat tidak seperti biasa. Sebaik pintu rumah dibuka aku terlihat seekor anak memerang... Kenapa sekor?. mana ibubapanya, barangkali sesat. Biasanya anak memerang ini dua ekor berdasarkan pengalaman aku yang lalu. Kasihankan anak ini yang tiada arah tujuan, aku menangkap dan masukkan ke dalam bekas. Nak tangkap pun bukannya senang.

Sebelum ini aku pernah memelihara sepasang memerang, bila dah serasi cukup manja. Manjanya mengalahkan si kucing. Barangkali dah jodohnya dengan aku. Nasib baik anak memerang kalau anak orang di depan pintu.... apahal aku nak buat.

Tiada ulasan: