Khamis, 27 Mac 2014

Euro Truck Simulator 2


Biasanya aku tengok anak-anak yang main.... ntah kenapa hati berminat hendak bermain sama hingga aku minta anak install di laptop aku. 

Seronok... itu yang mampu aku katakan. Jangan ingat orang tua macam aku ni tak minat dengan games. Tapi aku bukan pemandu trak yag hebat.... banyak kereta yang aku langgar.... terbabas tak payahlah nak kira... sampaikan aku berhutang dengan majikan.. anak aku yang tolong jelaskan hutang tu. Truck Scania yang syarikat bagi untuk tugas menghantar kargo telah alami banyak kerosakan.

Mula-mula main hari tu aku tersilap arah jalan... aku lalui arah jalan yang bertentang dari jalan yang sepatutnya sejauh 290km..... bayangkan betapa jauh aku kena pusing balik.

Itu hanyalah didunia games di alam nyata aku pemandu yang berhemah dan cekap (rasa-rasanya).... Rasailah keseronokan bermain Euro Truck Simulator 2.

1 ulasan:

Mazlan Jusoh berkata...

oklah ni...mula2 main biasalh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates