Selasa, 11 Mac 2014

Dua novel menanti untuk dibaca


Pada asalnya aku merancang untuk membeli sebulan sebuah novel atau buku-buku dari genre motivasi atau agama. Perkara sebaliknya berlaku bila sehingga semalam aku telah membeli dua buah buku dari genre Novel. Kalau bulan lepas aku membeli dua buah buku motivasi, satu buah buku rujukan agama dan dua buah dari genre novel. 

Dua buah novel diatas sedang menanti giliran untuk dibaca kerana sekarang ini aku dalam proses menghabiskan pembacaan novel Sunan karya Ramlee Awang Murshid... sebuah novel baru.

Membaca novel ni merupakan satu dari hobi aku selain dari memancing, berkebun, berbasikal dan satu lagi hobi yang telah aku tinggalkan iaitu meredah hutan atau trekking sama ada bukit atau gunung.

3 ulasan:

Sya Mimie berkata...

asslmkm.. seronok baca novel ni..saya pun suka.. cuma sekarang ni kurang sikit..

Cikna berkata...

Ramlee awang murshid xprnh msk senarai sbb novel dia semuanya seram2 belaka xbrni,huhuu

zamizi jusoh berkata...

Cikna... koleksi laksamana sunan taklah seram... kalau nak baca koleksi laksamana sunan kena bermula dari novel Bagaikan Puteri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates