Isnin, 17 Mac 2014

Cerita kedai kopi #1. lebih pakar dari pakar

Share it Please
Aku jarang singgah kedai kopi. Dua kedai kopi yang ada kat kampung aku tu pun sekali sekala adalah aku singgah. Kalau yang jauh tu lagilah jauh hati untuk disinggah, lainlah kalau member yang ajak. Kalau keseorangan aku jadi kekok untuk masuk.

Seperti biasa kalau dah singgah kedai kopi kat kampung ni macam-macam cerita yang ada. Yang tengah heboh sekarang ni pasal MH370 hilang. kat kedai kopi ni pun tak sunyi juga pasal isu ni.Lagi hebat pelbagai andaian dibuat.. pelbagai spekulasi yang muncul. orang itu bawa cerita itu orang ini bawa cerita ini... hebat..hebat. Penduduk kampung aku dah pandai dah jadi pakar dari pakar. Ada yang kata kapal tu ada kat situ..situ..situ. Lagi hebat bila ada yang kata bunian dah sembunyikan.

Bila ada yang tanya pendapat aku.... nantilah akan disingkapkan juga satu masa nanti. Ada yang tak puas hati jawaban aku. Bila aku cakap tak tahu baru dia orang senyum.

Tiada ulasan: