Rabu, 19 Mac 2014

Cerita hari ini

Share it Please
Kelmarin merupakan hari-hari yang paling sibuk dalam bulan ini... menyebabkan aku kekurangan masa untuk berblog berblogwalking. Ditambahkan pula masalah internet yang perlahan, bertambah kemalasan untuk update blog. Bila internet slow atau line tak ada... atau aku terasa malas nak tonton tv, buku-buku tu merupakan bahan bacaan aku. Itu hanya sebahagian koleksi aku

Ditempat kerja pun sibuk,..... balik rumah pun sibuk. Malam jumaat ni 20 Mac, mesyuarrat JKKK akan diadakan.. tu yang buat aku sibuk siapkan minit mesyuarat. Surat jemputan untuk AJK dah diagihkan.


Pagi tadi aku pergi ke Taklimat Pelaksanaan Pengabungan Skim Perkhidmatan PPPS dan PPLD di PPD Besut. Taklimatnya habis awal lebih kurang jam 12.30 tengahhari. Kata sorang rakan  aku dia dah tak mau masuk pejabat balik... Harap-harap jangan bagi tau bos aku ye... Aku berfikir adakah aku sama, bila tahap kemalasan itu melanda.

Otak aku tengah blank... tubuh terasa lemau.. Petang nanti nak berkebun, nak berbasikal... layan hobi.

Tiada ulasan: