Khamis, 13 Mac 2014

bila si along dapat ikan

Share it Please

Setelah beberapa hari sabar menunggu disini,.. di Ampangan Jajar. Akhirnya Si Along (Khalis) mendapat habuannya yang memecah rekod peribadinya untuk tahun ini. Ikan lampam jawa seberat 2.56 kg, selamat mendarat ditangan. Bukan main suka dia. maklumlah bukan senang untuk mendapat sebesar itu sekarang di ampangan ini. Kebiasaannya setiap petang hanya dapat dibawah 800 gram. 

Inilah hobi utama keluarga aku... aku dan keempat-empat anak lelaki,adik aku, bapa mertua serta adik ipar dan juga anak-anak sedara lelaki aku.... yang mana keluarga aku ni lebih ramai lelaki dari perempuan. kalau dah berkumpul tak lain yang dibincangkan selain dari topik memancing.

Dalam dia dok galak-galak mancing aku bisik kat dia... kena ingat SPM tak lama lagi nak umum. Mati sekejap keriangan dia.

Tiada ulasan: