Khamis, 13 Mac 2014

70an... sukarnya menonton TV waktu itu

Share it Please
 

Cerita Combat merupakan satu siri TV yang cukup meninggalkan nostalgia dihati aku sehinggalah sekarang. Bukan kerana aksi perang di antara Jerman dan Amerika tetapi keadaan kemiskinan keluarga diwaktu kecilku.

Tahun 70an, waktu itu bekalan letrik belum lagi menjengah rumah-rumah dikampung kami. Rata-rata penduduk kampung menggunakan pelita ayan, bagi yang berada akan menggunakan lampu gasolin dan bagi yang kaya pula akan menggunakan generator. Hanya dua buah rumah sahaja yang memiliki tv di kampung kami.

Selepas isyak usai mengaji Quran. Dalam perjalanan pulang, aku dan beberapa rakan sekampung sebaya lapan tahun akan singgah dirumah seorang jiran untuk menonton siri ini. Kebiasaannya kami hanya menontonnya melalui jendela nako sahaja. Pernah kami pulang kehampaan bila tuan rumah menutup jendela dan pernah ketika kami asyik menonton tiba-tiba tuan rumah menutup jendela dengan alasan kami bising. Kami pulang hampa.... bukan setakat itu saja, kami berkejaran pulang ke rumah masing-masing. Bagi yang kecil akan tertinggal dibelakang. Menangis sambil berlari. Kerana dimomokan dengan pohon leban sebatang di kepala jambatan yang berpenunggu

Bayangkan betapa sukarnya untuk kami menonton TV waktu itu berbanding dengan kanak-kanak sekarang dengan teknologi yang ada masa kini.

3 ulasan:

Wafa Cw berkata...

Hahaahahaha Vic Morrow... teringat masa kecik.. time tu siap buat senapang ngan kayu ikat getah sikit wak gi perang hahaahaha :D

zamizi jusoh berkata...

Wafa Cw.. masa tu kita orang suka main perang-perang. satu pasukan akan jadi jerman dan satu pasukan lagi akan jadi pasukan amerika

malaysiatercinta.com berkata...

Gara-gara terpengaruh dengan sajen Saunders dan lutenen Hanley lah, kami merangkak, meniarap "berperang" dalam kebun getah di celah-celah pokok serai kayu. Keluar pagi balik senja masuk...gigih betul :)