Rabu, 19 Februari 2014

Kereta guru dicalar

Share it Please
gambar sekadar hiasan. google yang punya

Hari ini heboh disekolah bila dua tiga buah kereta rakan guru dicalar oleh murid. Alhamdulillah kereta aku terselamat. Kereta rakan yang kena calar pula tu baru setahun dua dibeli, berwarna gelap pula lagilah mudah nampak kesannya. Kalau dipolish pun memang tak tanggal. 

Bila siasat punya siasat maka jumpalah sipembuat onarnya. Kesnya bukan kerana dendam pada guru tapi sekadar menghilangkan kepuasan..... dah jadi habit. Pelajar tahun dua apa apa sangat yang tahu pasal dendam. Bila ditanya... pernah mencalarkan kereta ayah dan ayah tak marah.... ayah pergi cat baru, itu katanya.

hmmm..... kalau tak ditegur makin berterusan.. siapa yang salah

1 ulasan:

Amanda Suria berkata...

kesiannya...ni semua nak salah kan sapa eh...x kan nak salahkan cikgu plak kan....dari mana la anak2 ni belajar buat benda2 x baik ni...terpengaruh la ni kan...