Rabu, 26 Februari 2014

Cerita di depan mesin ATM



Seorang tua dalam lingkungan umur 60an. dari gaya dan pemakaiannya seperti seorang pegawai pencen atau seorang tua yang berpelajaran, mundar mandir, ke hulu ke hilir di depan Agro Bank. Bank masih belum dibuka. Tiada sesiapa yang berada disitu melainkan dia seorang diri. Matahari pagi baru sejengkal melepasi bukit sana. Hatinya seakan tidak tenteram, kadang-kadang tangan sebelah kanannya menyeluk poket. Dia masuk ke dalam ruangan mesin di bank tersebut dan keluar dan masuk lagi.

Sebentar kemudian datang sebuah kereta dan parking betul-betul di depan bank tersebut dan keluar lelaki dalam lingkungan umur 40an (aku lah tu). Terus masuk ke ruang mesin ATM bank tersebut. Mengeluarkan kad. Selepas mengeluarkan wang aku ingin berlalu segera mungkin dari situ. 

Tiba-tiba aku disapa lelaki itu "Nak keluar diut BR1M guna mesin ni ke"

"Ya pakcik" kata ku sambil memasukkan balik kad tadi ke dalam dompet. Dia terus mengeluarkan buku akaun sambil mengintai-ngintai mesin ATM tu. Aku yang ingin keluar dari ruangan tersebut memerhatikan tingkah laku dia.

"Kat mana nak cucuk buku ni" katanya sambil mengunjuk buku akaun tu pada aku.

Aku senyum "Pakcik nak keluar duit ke?"

"Ya...ya" katanya sambil mengangguk.

"Pakcik ada kad tak"

"Tak ada... tak ada. Kena pakai kad ke?" sambil garu kepala..

"Kalau pakcik tak ada kad pak cik kena tunggu bank buka, baru boleh guna buku tu" terang aku padanya.

"Bank buka pukul berapa"

"Hari ni hari sabtu... bank tak buka kena tunggu esoklah pulak pakcik.. pukul 9.30 bank buka esok" aku jelaskan padanya.

Pakcik tu berlalu pergi. Aku lihat mulutnya terkumat-kamit, aku pasti dia bukan berdoa tapi membebel sendirian.

4 ulasan:

Zamani Abe berkata...

oo.. kejadian brlaku kat kelantan ke ni.. sian kena tgu esonya bru dpt kluarkn duit

Shark Kay berkata...

ler..
kesian pulak tgk.
harap2 dia dh dpt keluarkan duit dia tu.

shahida rahim berkata...

selalu jumpa pkcik/mkcik tua macam ni..paling2 tidak tolong diaorang kuarkan duit dari ATM..kesian dorang xpandai nak kuarkan duit..

Mazlan Jusoh berkata...

pernah satu hari dulu kat pejabat pos ada sorang pakcik dtg minta tolong isikan borang keluar wang ASB siap isi bila tanya pakcik nak ambik brapa ratus dengan selamba dia jawab "pakcik nk wat tubik RM13.500 nk siapkn rumah fuhhh bila belek buku ASB dia lagi laa aku tkejut sbb RM132.000...hadoii malu aku pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates