Rabu, 31 Disember 2014

Selasa, 30 Disember 2014

1st Giveaway by Mass-Naim


Syarat-syaratnya sangat simple

>> Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia.

>> Wajib Like Page Pu3 Outlet 

>> Follow blog Mass-Naim dan follow google+ mass-naim yang ada di side bar sebelah kanan blog.

>> Buat entri bertajuk " 1st Giveaway by Mass-Naim "

>> Copy coding yang disediakan dan paste kan ke ruangan HTML entri anda.

>> Backlink kan URL en5tri anda di kotak komen dibawah entri ini.

>> Keputusan pemenang 100% menggunakan random.org

>> Keputusan yang berjaya akan diumumkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2015.

Senarai hadiah :

** Cathy Choo 24k Active White Gold
Top Referral - 1 x Pemenang

** Shawl
3 x Pemenang Pertama, KeDua & KeTiga

** Topup RM5
2 x Pemenang Saguhati

Mari join beramai-ramai (^_^)

So, Good Luck semua =)

Continue Reading…

Isnin, 29 Disember 2014

Stesen minyak kehabisan minyak



Rata-rata stesen minyak disekitar bandar Jerteh telah kehabisan minyak buat sementara waktu pada sebelah petang tadi. Kejadian berlaku bila penduduk dari kelantan mengisi minyak disini..

Petang tadi pokcik datang ke BHP bandar ini nampak kon-kon ini diletakkan oleh perkerja menandakan minyak telah habis.. pusing ke beberapa stesen minyak sekitar sini, perkara dama berlaku...... sekarang ini pokcik tengah berfikir sekiranya bekalan minyak tidak sampai juga pagi esok bagaimana cara untuk pergi ke tempat kerja. Stok minyak di kedai-kedai sekutar kampung pokcik juga tiada... minyak motorsikal juga telah kering.. semoga ianya bersifat sementara....

Sementara dipasar raya sekitar sini pada tengahhari tadi mengikut maklumat yang diterima pula ialah berkaitan permintaan telur ayam yang tinggi dan bahan makanan asas yang lain...



Continue Reading…

Ahad, 28 Disember 2014

Penduduk Kelantan serbu Besut


Penduduk Kelantan serbu Besut... itu yang terjadi pada 27 Disember... menyebabkan mesin ATM  dibeberapa buah bank dibandar Jerteh telah kehabisan duit. Stesen minyak disini juga menghadapi masalah kehabisan bahan ini.

Berdasarkan pemerhatian pokcik dibeberapa kedai-kedai pembekal barang keperluan utama dibandar ini juga dipenuhi oleh beberapa buah kenderaan pacuan empat roda yang mengisi barang untuk dibawa ke beberapa jajahan di Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir. Ini kerana Besut merupakan daerah yang paling berhampiran dengan Kelantan... walau pun Besut telah dilanda banjir sebelum ini tetapi banjir di daerah ini tidaklah besar seperti mana yang terjadi di negeri Kelantan.

Beberapa pertubuhan NGO Besut juga mengerakkan operasi bagi membantu saudara mara di negeri Kelantan.


Continue Reading…

Jumaat, 26 Disember 2014

Rabu, 24 Disember 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Continue Reading…

Selasa, 23 Disember 2014

Hadiah Giveaway dari blogger hasrulhassan


Hari ini pokcik terima bungkusan poslaju, bila dibuka bungkusan tu rupanya hadiah dari blogger Hasrulhassan... yang mana hari tu pokcik ada joi giveaway yang beliau anjurkan... Giveaway Buat Duit Dengan Affilliate.

Tanpa disangka dan tidak terduga pokcik terpilih sebagai salah seorang pemenang dari lima pemenang.... buku ni bolehlah pokcik jadikan panduan dan rujukan.

Sebenarnya blog hasrulhassan.com tu sendiri telah banyak membantu pokcik dengan tip-tip dan panduan berkaitan dengan dunia blogging... terimakasih saudara  hasrulhassan atas perkongsian percuma yang diberikan.
Continue Reading…

Isnin, 22 Disember 2014

keputusan PT3


Tahniah buat anakanda yang ketiga kerana mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam PT 3 yang diumumkan hari... keputusan sama juga dicapai oleh anak saudara pokcik.. sekalung tahniah untuk mereka berdua.

Alhamdulillah... walaupun tidak mendapat seperti apa yang disasarkannya.. 7A tu rasanya dah ok... next time.. next year boleh diperbaiki lagi dalam peperiksaan yang lebih besar lagi SPM.

Kerana anak-anak merupakan harta dan kebanggaan ibubapa.

Continue Reading…

Ahad, 21 Disember 2014

terima kasih atas rezeki mu ya ALLAH


Alhamdulillah rezeki kami bertambah di penghujung Disember... 

Kedai kami terletak ditepi pasaraya Zon Ria... setiap kali musim perayaan atau penghujung tahun seperti ini, kedai kami turut menerima limpahan rezeki dari pengunjung pasaraya ini.

Sekarang ni pasaraya ini sedang mengadakan promosi akhir tahun... termasuk promosi untuk uniform sekolah. Sedikit sebanyak pelanggan pasaraya ini akan singgah ke kedai kami sementara menunggu anak-anak atau si suami menunggu si isteri atau sebaliknya.

Alhamdulillah atas rezeki mu ya ALLAH perancangan kami... kalau dimurahkan rezeki In Sha Allah.. kami bercadang untuk membuka satu lagi cawangan... fokus perniagaan kami adalah makanan dan minuman.

Continue Reading…

Sabtu, 20 Disember 2014

Wrist Electronic Blood Pressure Monitor


Wrist Electronic Blood Pressure Monitor memudahkan pokcik untuk memeriksa tekanan darah.... bila terasa pening sedikit, letak dekat pergelangan tangan dan onkan switch dan boleh tengok result darah...

Kecil, mudah dan ringkas untuk dibawa kemana-mana dengan menggunakan dua biji bateri 3A. Boleh menyimpan sehingga 30 memori. Saranan dari pokcik... benda ni patut disimpan satu dirumah anda... boleh sekali sekala periksa tekanan darah mak ayah....

Continue Reading…

Jumaat, 19 Disember 2014

aktiviti sebelum banjir surut

Sebelum banjir surut sepenuhnya anak anak ni nak main banjir sepuas-puasnya....nak dilarangnya kesian pulak bila tengok sepupu-sepupunya dengan galak dok berenang kuak lentang... kuak kupu-kupu.  Bila kata boleh... senyum je anak ni.. senyum sampai telinga...tapi ada syaratnya.. terkedu pulak dia.


Dengan syarat... kawasan depan runah atuk fua sahaja.... dibawah pemerhatian abangnya...


Pokcik pulak... dah penat, sakit pinggang... bayangkan dengan selut yang tebal diruang dapur tu kena dibersihkan sebelum kering. Isteri pula dengan pinggan mangkuk, bekas-bekas plastik yang dah  berselut kuning... memang memenatkan.



Apakan daya kita... mungkin seronok bagi anak-anak tapi tidak bagi kita ibubapa.








Continue Reading…

Khamis, 18 Disember 2014

keadaan banjir

Keadaan banjir malam ni masih seperti tengahhari tadi, tiada tanda-tanda ianya akan surut. Dalam hati ini tiada apa yang nak difikirkan melainkan rungsing tentang keadaan ini. 

Jadi kali ini pokcik nak belanja sahabat-sahabat tengok beberapa keping gambar..... gambar-gambar ni semua bukan pokcik yang punya melainkan pokcik ambil dari facebook raka-rakan... jom lihat gambar banjir sekitar kampung pokcik dan bandar Jerteh.











Continue Reading…

Penat bila banjir melanda


Lebih kurang 5.00 pagi tadi air mulai memasuki kawasan rumah pokcik.. memang dari semalam lagi tak lena tidur.... macam mana nak lenakan bila hati dok bimbang.

Setiap kali banjir melanda penat tak boleh nak cerita... kereta motor awal-awal lagi pokcik pergi letak ditempat yang tinggi... jalan atas parit menuju ke sawah padi menjadi pilihan untuk parking ketana kat situ lebih tinggi..

8.30 pagi, ruang dapur pula dimasuki air... punggah dapur, punggah peti ais dan macam-macam lagi barang ke tempat tinggi... ruang utama menjadi dapur buat sementara... yang paling memenatkan ialah bila surut nanti... faham-faham sendirilah kan... dengan selutnya.. tapi banjir kali ni lain sikit keadaannya... lambat surut...

hmm.. anak-anak pula cukup gembira.... bermain, berenang, menyelam.... dari kuak lentang sampailah ke kuak kupu-kupu.... berhenti tidaknya bila gigi dah berlaga dan jari dah kecut pucat.

Anak ayam dan anak itik kat reban ada yang mati ada yang dihanyutkan air .. apakan daya pokcik paras air terlalu cepat.


Continue Reading…

menang Giveaway Ilmu Buat Duit Affiliate


Hari tu pokcik ada join giveaway yang dianjurkan blogger femes hasrulhassan, tak sangka pula pokcik dah menang... tahniah untuk diri pokcik dan terimakasih untuk penganjur.

Dalam gembira ada kebimbangan dihati... nak tidur awal ada kerisauan.. mana tahu sedang asyik tidur banjir pula datang melanda. Dari maklumat yang diterima dari rakan-rakan yang tinggal di hulu Besut, seperti Keruak dan Kampung La... ada rumah penduduk kampung yang hanya nampak bumbung.

Risau pokcik.... berdasarkan pengalaman yang lalu.. air ini mengambil masa lebih kurang lima ke enam jam untuk sampai ke sini. Ini bermakna kalau kampung di hulu sana dinaiki air pada jam 8 malam bermakna antara jam dua belas malam atau satu pagi air akan mula memenuhi kampung pokcik pula.. jadi pokcik perlu bersedia,... menyimpan apa yang perlu ke tempat yang tinggi.

Kereta, motor ke tempat tinggi.... ayam.. itik?.

Continue Reading…

Rabu, 17 Disember 2014

Selasa, 16 Disember 2014

Kalendar 2015



Tinggal seminggu dua lagi untuk ke tahun 2015.... terasa cepatnya masa berlalu.. usia pula semakin meningkat. 

Dari segi kerja, masih banyak yang perlu diselesaikan untuk akhir tahun... kerja yang tidak boleh ditangguh atau dibawa ke tahun hadapan.

Hmmm... kalendar 2015, dairi dan planner 2015. Akhir tahun begini banyak pembekal dan pekedai-pekedai yang akan bagi percuma. Kalau nak lagi cantik kena keluarkan duit untuk beli. Hari ni pun dsh dapat secara percuma dari pembekal barangan.




Continue Reading…

Isnin, 15 Disember 2014

Nasib baik lepas



Jam 11.0 pagi tadi sedang pokcik dok menyemak Buku Tunai KWK tiba-tiba datang seorang rakan yang memaklumkan keadaan air banjir.... kerja terpaksa ditinggalkan.... Mengelabah pokcik sekejap... bila tiba di Kg. Jerebun air diatas jalan dan agak tidak sesuai untuk kenderaan kecil. Dua tiga buah kenderaan telah tersadai dan terpaksa ditunda.

Pokcik ambil keputusan untuk melalui jalan diatas parit yang menghubungkan kampung Jerebun-Dalam Huma-Kampung Bukit Cina... Alhamdulillah nasib baik lepas.... air dijalan ini masih belum dalam.. kalau tidak pokcik terpaksa berpatah balik kebih kurang 11km untuk mengambil laluan Lata Tembakah - Padang Tapong... lebih kurang 15km pula untuk sampai ke rumah.

Jalan utama yang menghubungkan antara bandar Jerteh dengan Hulu Besut... di jambatan Kampung Jerebun ini mudah ditenggelami air memandangkan keadaan yang jalan yang rendah.


Continue Reading…

Ahad, 14 Disember 2014

simple giveaway by Licha






Hadiah Penyertaan 
RM 20 X 6 pemenang
1 blog review oleh setiap penganjur (4 pemenang)
3 hadiah misteri 


Tarikh Penting
Tempoh GA berlangsung: 12.12.14 - 2.1.2015
Tarikh Pengumuman Pemenang : 5.1.2015.
Tarikh Pembayaran Hadiah : 5.1.15 - 10.1.15 (selewat-lewatnya)


*all the best*
Continue Reading…

Sabtu, 13 Disember 2014

Jumaat, 12 Disember 2014

Memenuhi 3 undangan

Selesai solat jumaat tadi pokcik memenuhi undangan sembahyang hajat dirumah emak saudara. Jarak yang hanya beberapa meter dari rumah pokcik.... emak saudara pokcik ni akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah pada 27 disember ini.

Selesai di rumah emak saudara..... pokcik, isteri dan dua anak pula bergegas ke Pasir Puteh, Kelantan bagi menghadiri majlis sambutan ulangtahun perkahwinan..... gimik anak-anak sedaralah ni... yang sengaja untuk mengadakan majlis makan-makan.

Undangan yang ketiga... dari Pasir Puteh pokcik terus ke Pantai Bukit Keluang memenuhi undangan seorang sahabat yang merupakan seorang pengusaha kilang plastik yang mana kedai dia di bandar Jerteh bertentangan dengan kedai pokcik.  Beliau mengadakan sambutan hari lahir anak sulongnya.

Jadilah layan aje gambar-gambar bawah tu...














Continue Reading…

Tak pok

Kawan pokcik bukan main ketawa... ketawanya lain macam, sampai menitik air mata. Melihatkan keadaan itu pokcik rasa bimbang. Dalam hati tak pernah dia ni macam

Dalam hati pokcik "salahkah apa yang aku katakan tadi". Dia berhenti ketawa,... serius pandang pokcik. Bertambah bimbang hati ini. Pokcik cuba kemaskan kekuda kaki.. hati orang bukan senang nak diduga hatta sahabat baik sendiri pun
.
"Sudah lama aku tak dengar perkataan tu" sambil mengukir senyuman pada pokcik.

"Perkataan mana" tanya pokcik . Hati ini masih dalam waspada dan siapsiaga... dan sudah menduga atas kertelanjuran mulut ini.

"Kau bagi aku idea... sudah dua tiga malam aku dok fikir nama apa yang sesuai". Kawan ini masih dalam mood yang benar-benar ceria. 
Perasaan ini berasa amat lega.

"Perkataan mana?". Hati ini masih tertanya-tanya.

"Tadi, yang engkau kata aku tak pok"  kawan ini masih dalam senyum yang memanjang.

"Terima kasih kerana bagi aku idea" sambungnya lagi.

"Laaa... aku ingatkan engkau marahkan aku tadi"

"Buat apa aku nak marahkan engkau. Engkaukan sahabat aku, sifu aku"

"Iyalah, engkau pun tahukan maksud tak pok itukan" pokcik cuba tengok air muka dia, takut-takut dia berasa hati atas perkataan itu.

"Aku tahu... maksud dia kurang cerdik tapi tak sampai tahap bengongkan" sahabat ini menjelaskan maksud perkataan ini sambil ketawa.

"Kau dah bagi idea untuk nama blog yang aku nak buat... tapi aku tak nak taruk nama tak pok tapi mudah pok... cantikkan" sambungnya lagi.

"Huiii, engkau ni macam-macamlah... bikin aku jadi saspen.. apara punya ini worang.

Sebenarnya sahabat pokcik ni seorang guru pemulihan khas gred DG44... antara kami sentiasa ada perbincangan dan gurau senda kerana kami berdua mempunyai hobi yang hampir sama, iaitu fotografi dan blogging.., blog sahabat ini ada dalam bloglist pokcik.... blog yang belum diupdate katanya
Continue Reading…

Khamis, 11 Disember 2014

Rabu, 10 Disember 2014

sentiasa hilang fokus bila menulis

Fokus dalam menulis... 

Itu yang susah bagi pokcik. Bila berkunjung ke blog rakan-rakan blogger tengok dia orang senang-senang buat lebih dari dua tiga entri setiap hari... macam rasa senang je dia orang tulis.

Lagi susahnya apa yang dok bersarang dalam kepala, terlalu banyak dan terlalu mudah untuk dirungkaikan tetapi bila je cuba untuk mengetuk keyboard ni bagi menterjemahkan apa yang bersarang tu ... dia hilang begitu saja. rasa macam susah sangat. Pokcik pernah tulis perkara ini.

Lebih menyusahkan lagi untuk pokcik menulis panjang-panjang bila pokcik hanya menggunakan tab untuk menulis blog dan blogwalking. Pokcik cuba mengekalkan momentum menulis diblog... walaupun tidak banyak. satu posting sehari sudah memadai.

Apa yang penting rasanya ialah fokus pada satu-satu perkara... yang tu memang susah, sebabnya banyak perkara yang kena fokus. jadi sebagai blogger sambilan ni... yang sekadar suka-suka... bila ada masa free pokcik buat. Lainlah bagi mereka yang sepenuh masa menumpukan dalam bidang ini... yang berkerja dengan hanya menulis blog.

Ada satu perkara yang sehingga kini pokcik tidak dapat menumpukan masa untuk memulai mengerjakannya... 
Continue Reading…

Selasa, 9 Disember 2014

Cuti dan melancong



Gambar pokcik google punya

Memang terasalah sangat bila tengok rakan-rakan dapat cuti panjang dan pergi melancong bersama keluarga. Kerja macam pokcik ni bila tiba bulan Disember ginilah ianya makin sibuk... kalau dapat cuti tu pun untuk sehari sahaja.

Faham-faham ajelah bila dah jadi tukang sapu kat sekolah.. sekolah sunyi... guru-guru dan pelajar dah bercuti... tinggal pokcik yang dok menyapunya... hujung tahun macam ni akaun sekolah kena kunci... tengok mana saki baki duit... mesti tinggal 5% untuk tahun depan... tengok mana ada staff yang tak dapat kenaikan gaji atau pangkat... yang nak dikenakan tindakan tatatertib (kalau ada) pendek kata banyak yang kena uruskan, itu hanya sebahagian.

Biasanya kalau disember tak dapat cuti.. pokcik akan bercuti pada pertengahan januari atau februari.. masa tu anak-anak dah bersekolah, jadi tak dapat melancong... pokcik melancong kat dalam kebun keseorangan...

Pokcik bukanlah nak melancong ke tempat macam dalam signboard kat atas tu... kat dalam negara ni pun banyak lagi tempat yang tidak sampai. Lagi pun kerja tukang sapu macam pokcik ni manalah ada duit banyak...

In Sha Allah kalau dimurahkan rezeki.... sampai le kita


Continue Reading…

Isnin, 8 Disember 2014

woh katok puru




Woh katok puru... memang betullah tu. Tok nenek pokcik  panggil pun dengan nama tu, jiran-jiran pokcik pun sebut macam tu juga.... orang-orang kampung dan orang-orang daerah pokcik pun sebut dengan nama yang sama juga... pendek kata memang itulah sebutannya... woh katok puru.. sebutan yang sebenarnya buah katak puru.

Biarpun nampak hodoh dengan kulit yang menggerutu tapi buah ni boleh dimakan... kalau masak ada rasa masam-masam manis.. ada yang gemar jadikan jeruk buah yang hampir masak..

Mengikut wikipedia Pokok Katak Puru ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Cynometra cauliflora. Ia juga dikenali sebagai Pokok Hima, Namu-namu, atau Kopi Anjing


Continue Reading…

Update Staus di Facebook, Apa niat kita sebenarnya?


Rasa macam panjang aje tajuk kali ini....Sebenarnya gambar ni pokcik ambil dari posting status seorang sahabat di Facebook. Apa sebenarnya niat kita?..Walaupun tujuan kita bukan menjurus kearah itu tetapi apa yang difikirkan oleh sahabat kita di facebook.... adakah kita hanya sekadar untuk menunjuk-nunjuk dengan riak dan takbur..

Terfikir juga oleh pokcik akan kebenarannya... Nauzubillah semoga kita tidak tergolong seperti di atas.

Continue Reading…

Ahad, 7 Disember 2014

Bila teh masuk jawi

Masuk jawi istilah yang sudah lama yang tidak didengari ditelinga pokcik..... tiba-tiba pagi tadi terdengar semula ditelinga ini bila mok sedara pokcik datang berkunjung untuk menziarahi anak  yang bersunat disebuah klinik swasta pagi tadi.. Masuk jawi adalah bermaksud bagi berkhatan atau bersunat..

Tadi, semasa kat klinik... tak menangis pun dia hanya berkerut kening menahan sakit... kalau tak dibius rasanya.... ha..ha.. adalah tangisan tu

Teh ini adalah gelaran bagi anak lelaki pokcik yang keempat... nama sebenarnya Faris... itulah yang mengelirukan mok sedara pokcik yang mana satu nama dan gelaran... jadi pokcik terpaksalah jelaskan... anak pokcik yang sulong dipanggil along yang kedua ngah yang ketiga achik yang keempat teh... barulah dia faham.

Dan kini keempat-empat anak pokcik dah masuk jawi... dah jadi dewasa... dan betapa kini diri ini semakin berusia..
Continue Reading…

Sabtu, 6 Disember 2014

khasiat daun kepala sari


Sedari kecil lagi pokcik mengenali pokok ini dengan nama kepala sari... tiada panggilan selain itu yang pokcik ketahui. Mungkin ditempat lain, lain namanya.

Berbalik pada tajuk atas.... apa yang pokcik ketahui dan pernah pokcik lakukan sebelum ini.... pokok ini cukup berkhasiat untuk menghilangkan penyakit gatal kulit seperti kurap dan badang... psoriasis.

Caranya adalah dengan menumbuk atau menghancurkan daun pokok ini sehingga lumat dan dicampur dengan minyak 'gas' atau kerosenne dan selepas itu disapu ditempat gatal itu... In Sha Allah selepas di sapu dua tiga kali akan hilanglah penyakit gatal... 
Continue Reading…

Segmen: blogwalking bersama cikgu Farha



Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua.

Sempena cuti sekolah yang masih berlangsung ni, cikgu nak lancarkan segmen ringkas dari blog simple cikgu ni. Harap dapat sambutan. Tujuan utama cikgu anjurkan nak rapatkan ukhuwah dan tambah kenalan di alam maya. Dalam masa yang sama bole kongsi maklumat dan info.

http://cikgufarha.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html

Syarat simple je:-
1. Follow blog cikgu (boleh tengok side bar) - tak paksa pon hehe
2. Buat tajuk "Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha"
3. Tinggalkan url entry kat entry ini jugak

Copy coding yang disediakan.


Continue Reading…

Jumaat, 5 Disember 2014

Separuh akhir pertama


Tak sabar.... memang tak sabar untuk menonton perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia dengan Vietnam .... tidaklah sampai pergi ke stadium, cukup sekadar berada di depan tv. Sekarang ni ramai yang memperkatakan kemampuan pasukan kita. 

Pokcik juga....sama macam mereka yang lain mengharapkan kemenangan. Adat bermain dan bola itu bulat.... menang atau kalah itu adat bertanding. Jadi kita sama-sama doakan kejayaan pasukan kita.


Continue Reading…

Khamis, 4 Disember 2014

mesyuarat KRT


Pokcik baru balik menghadiri mesyuarat KRT sebentar tadi... mesyuarat kali ini tidak lebih seumpama majlis makan-makan. Sebagai AJK, pokcik sedikit terlewat sampai.. perjumpaan kali ini diadakan disebuah kedai makan dalam kampung.


Tak sangka pula pokcik ingatkan dia orang sekadar makan roti canai sahaja...  pokcik pula pergi dalam kekenyangan... waktu sampai tadi dia orang baru start makan....kenapalah dia orang ni tak cakap awal-awal.

Pokcik ambil syarat makan... sebelah siakap stim tu pokcik ratah sorang.... bila dah kenyang.... semangat untuk bermesyuarat dah ke laut.


Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates