Selasa, 31 Disember 2013

Untuk Renungan Bersama

Kisah berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid. Sewaktu Khalifah Harun ar-Rasyid melawat kawasan perkampungan di bawah pemerintahannya tiba-tiba dia terpandang seorang budak menangis melihat unggun api yang menyala.

"Kenapa kamu menangis" tanya Khalifah Harun ar-Rasyid.

Lantas jawab budak itu "Aku takutkan api neraka"

Lalu Khalifah Harun ar-Rasyid memujuk budak itu "Anak kecil seperti mu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka"

Sebaliknya budak itu menjawab lagi "Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting-ranting tersebut terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?." Mendengar jawapan itu, Khalifah Harun ar-Rasyid turut menangis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates