Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More

Isnin, 9 Disember 2013

Sekali-sekala ke Kota Bharu

Pada Sabtu lepas aku ke Kota Bharu Kelantan untuk berurusan di Am Insuran disana... selepas segala urusan tersebut selesai aku mengajak anak-anak melihat paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja... 

Anak yang sulong mengajak untuk melihat keadaan sekitar dari atas Menara Tinjau Tambatan Diraja... dengan tiket untuk dewasa RM1 dan kanak-kanak RM0.50. bolehlah kami sekeluarga seramai lima orang melihat keadaan sekeliling. Untuk kali ini isteri dan anak kedua tidak dapat menyertai sama kerana menguruskan kedai.







Selepas itu aku mengajak anak-anak ke Muzium Adat Istiadat Melayu Kelantan.... sebagai menambah ilmu pengetahuan untuk anak-anak tentang kebudayaan masyarakat melayu dahulu. Sebenarnya sudah acapkali aku datang kesini tapi tidak terlintas dihati untuk masuk... Pameran senjata-senjata lama telah menarik perhatian anak-anak.


\

Share:

0 ulasan:

Cari Blog Ini

Followers

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © POKCIKBLOGGER | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Free Blogger Templates