Rabu, 4 Disember 2013

Pulut Lepa Panas

Satu-satunya warung tepi jalan yang menjual pulut lepa panas di jalan Jerteh - Keruak, Hulu Besut. Warung ini yang terletak berampiran Jambatan Kg. Gong Duek.

Acapkali hasrat untuk merasa pulut lepa ini tak tercapai.... setiap kali sampai sini sewaktu pulang dari kerja, warungnya sudah ditutup... dan hari ini sempatlah merasa....memang sedap...bukan saja-saja nak puji.... sedap bila makan panas-panas....





Mengikut kata tuan punya warung ini,..... sebelum ini beliau berniaga ditempat lain.... jalan yang sama tapi tidak mendatangkan hasil yang lumayan tetapi selepas berpindah ke tempat ini barulah perniagaannya meningkat dan seakan orang baru perasaan akan kewujudan warungnya..



Apa yang aku dapat rumuskan ialah tempat ini amat strategik .... Hasil dari perbualan, sebanyak 400 batang pulut lepa sehari habis terjual.... kadang-kadang sampai tengahhari dia terpaksa menutup warung kerana kehabisan pulut lepa dan terpaksa membuat semula untuk dijual pada petangnya pula.





Bagi anda yang ingin ke Hulu Besut terutamanya ke kawasan perkelahan Lata Tembakah atau ke La Hot Spring bolehlah singgah disini untuk merasakan keenakan pulut lepa panas.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates