Sabtu, 7 Disember 2013

Nasib baik sempat keluar

Semalam aku ke pulang rumah mertua di Kampung Seri Bayas, Ulu Seladang, Setiu. Tujuan hanyalah untuk ingin melihat keadaan banjir di sekitar kawasan Kampung Besut..... dengan andaian tidak dapat masuk ke rumah mertua kerana jambatan di tenggelami air.

Sebaik tiba dijambatan masuk aku mendapat maklumat dari penduduk disitu bahawa air baharu sahaja surut. Memandangkan keadaan langit yang cerah aku mengambil keputusan masuk ke rumah mertua untuk bertanya khabar. Hampir sejam aku dirumah mertua, aku meminta izin untuk pulang memandangkan di hulu Setiu mulai menunjukkan tanda-tanda hujan telah turun.

Sebaik tiba dijambatan, air mulai melimpahi satu-satunya jambatan yang nadi perhubungan penduduk disini. Beberapa orang penduduk disitu meminta aku keluar segera kerana katanya sekejap lagi jambatan ini akan tenggellam.

Alhamdulillah sku selamat sampai ke seberang... kalau tidak aku anak beranak sehelai sepinggang bermalam dirumah mertua.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates