Sabtu, 28 Disember 2013

Kanak-kanak memang sukakan air

Share it Please
Gambar sekadar hiasan

Tidak dinafikan  kanak-kanak memang sukakan air... dimana ada parit disitulah dia suka bermain.... bagi kanak-kanak ni dengan air ni di boleh buat macam-macam.... kalau tidak percaya cuba perhatikan baik-baik anak kita bermain air dibilik air memang asyik diakan.

Tu baru dalam bilik air, belum lagi diparit.... lebih-lebih lagi parit tu ada pula anak-anak ikan yang bermain-main. Lagi asyik dia bermain.... perlu dipantau lebih-lebih lagi kalau parit tu dalam.... kekadang perkara seperti ini amat merungsingkan aku.... maklumlah belakang dan depan rumah aku di ada alor dan anak-anak aku ni pula amat suka memancing. Itu yang risau sangat, sekarang ni musim hujan dan air alor tu dalam sedikit daripada biasa.

Kanak-kanak ni kalau jatuh, bukannya tahu berenang. Jatuhnya seperti batu yang dicampak ke air terus tenggelam. Tragedi yang menimpa ke atas anak sepupu aku petang kelmarin bila anaknya dijumpai lemas didalam parit. sepupu aku ni tingggal dikampung yang berlainan. Anaknya baru berusia enam tahun.... dia menyedari bila anaknya tiada bermain dihalaman rumah seperti kebiasaannya. Berdasarkan pada basikal yang berada diparit maka orang kampung menyelam dan mendapati mangsa berada didasar parit yang dalamnya hampir sembilan kaki.

Memang benar malang itu tidak berbau tetapi pemantauan itu perlu dan sedikit kealpaan itu mengundang padah... 

aku sentiasa berpesan pada anak-anak supaya tidak bermain berhampiran alor yang airnya dalam.....

Tiada ulasan: