Khamis, 12 Disember 2013

banjir...... sangkut ditempat kerja...

Cerita banjir ni berlaku pada dua hari lepas iaitu pada hari Isnin.... hari tu cuba nak post dah entri ni tetapi disebabkan masalah pada line yang terlalu perlahan....

Jam 10.30 pagi aku dimaklumkan oleh jaga sekolah supaya cepat keluar kerana air mula melimpahi jalanraya
Redah tetap kena redah aku tidak sanggup untuk bermalam disini.... kebiasaannya disini kalau hujan lebat tidak berterusan dalam dua tiga jam air cepat surut.... tetapi apa yang merisaukan aku bila disini surut.... paras air di jambatan Kampung Jerebun pula yang naik dan melimpahi ke atas jalan laluan utama yang menghubungkan Jerteh - Keruak.... kalau kat situ dah sah bermalamlah disekolah.



Gambar banjir Sekitar FELDA Tenang



Jam 2.00 petang Jalan utama menghubung Jerteh -  Keruak hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat. nasib baiklah pagi tadi awal-awal lagi aku balik. kalau tidak memang sah BERMALAM kat situ.


paras air dijambatan Kampung Jerebun

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates