Khamis, 26 Disember 2013

Asalkan ada kemahuan

Share it Please


Rezeki ada dimana-mana. Kalau kita rajin berusaha pasti ada kejayaan...... Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.... pepatah ini sesuai untuk seorang sahabat aku... seorang OKU. Orangnya rajin berusaha kalau dulu dia menternak ikan sekarang ini beliau berkecimpung dalam penternakan itik muscovy.

Asalnya bermula dari cadangan aku sendiri..... sekarang ni beliau menternak hampir seratus ekor lebih... dan cadangannya untuk menambah lagi bilangan itik ternakan... cuma katanya masalah paling besar ialah tentang harga makanan yang mahal. Sebagai seorang sahabat aku akan memenuhi permintaannya untuk menolong membuat kertas kerja bagi projek pembesaran penternakan itik termasuk memohon sumbangan atau bantuan dari badan yang berkaitan.... 

Pertama sekali katanya dia nak hantar kertas kerja tu kepada YB... untuk menyedia modal sendiri katanya dia tidak mampu dengan keupayaan yang dia miliki... tapi aku tabik spring pada dia.... satunya dia terima cadangan aku dan melaksanakan dengan jayanya dan telah mendapat hasil daripadanya..... berbanding dengan mereka yang sihat tubuh badan tapi masih meminta-minta.


1 ulasan:

ikhwan yusuff berkata...

Betul!Mana ada kemahuan disitu ada jalan..:DD

Sila lawat entri terbaru blog:senandung semalam