Selasa, 31 Disember 2013

Untuk Renungan Bersama

Kisah berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid. Sewaktu Khalifah Harun ar-Rasyid melawat kawasan perkampungan di bawah pemerintahannya tiba-tiba dia terpandang seorang budak menangis melihat unggun api yang menyala.

"Kenapa kamu menangis" tanya Khalifah Harun ar-Rasyid.

Lantas jawab budak itu "Aku takutkan api neraka"

Lalu Khalifah Harun ar-Rasyid memujuk budak itu "Anak kecil seperti mu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka"

Sebaliknya budak itu menjawab lagi "Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting-ranting tersebut terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?." Mendengar jawapan itu, Khalifah Harun ar-Rasyid turut menangis.
Continue Reading...

Bloglist Tak Gempak 2014


Rasa-rasa tak terlewat untuk join. baru saja tahu.. akan ditutup jam 10 nanti

Continue Reading...

Cerita dihari Terakhir Disember 2013

Hari ini merupakan  hari terakhir dibulan Disember  dan hari terakhir 2013... Esok menjelma tahun baru 2014 ....

Seperti hari-hari biasa sebelumnya tiada yang istimewa.... berkerja pun macam biasa cuma satu kelainan sikit bila datang ke pejabat hari ini... hari ini aku datang lebih awal daripada kebiasaannya....sampai disekolah pintu pagar utama masih lagi tertutup.... Mana pak guard menghilang?

Rupa-rupanya dia orang meronda kawasan sekolah dan belum sempat buka pintu pagar.. sambil-sambil menunggu dia orang datang sempat juga bermain dengan 3 spesis yang bertamu didinding pondok jaga






Walaupun aku berada disekolah,.. cuti sekolah atau tidak tetap sama cuma yang membezakan bila time cuti sekolah aku kesunyian......Selama sebulan lebih aku kesunyian tiada riuh tawa pelajar... besok suasana yang sunyi sepi akan lenyap.,.. 

Bezanya 1 Januari 2014 persekolahan akan bermula dibangunan baru....


SELAMAT TAHUN BARU  2014




Continue Reading...

Isnin, 30 Disember 2013

2014 Bloglist Blog Celoteh Cik Yaya


Segmen ini akan tamat pada 31 December 2013. Jom Join
Continue Reading...

Pendaftaran Persekolahan sesi 2014


Hari ni bermulalah pendaftaran pelajar sesi persekolahan tahun 2014 bagi sekolah tempat aku bertugas. Program bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 10.30. Untuk pendaftaran anak aku pula aku serahkan tugas aku kepada isteri..... maklumlah aku pun tak dapat cuti kerana turut trelibat dalam uruusan pendaftaran disini. Boleh dikatakan sebahagian besar sekolah di daerah ini mengadakan pendaftaran persekolahan pada hari ini.

Selesai urusan pendaftaran .... semua guru dan staff masuk ke bilik mesyuarat kerana jam 11.00 pagi diadakan pula mesyuarat guru dan kaki tangan untuk kali pertama...... Dengar-dengar apa pesan guru besar dan perancangan untuk tahun 2014... buku pengurusan dah siap petang kelmarin ... dalam mesyuarat dapatlah sorang satu.






Continue Reading...

Pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium




Hari sabtu lepas aku ada juga tertunggu - tunggu siapalah yang akan jadi Pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium  (SSP). Memang bukan rezeki aku.... Nak Tahu siapa pemenang bertuahnya.. sila klik kat SINI
Continue Reading...

Ahad, 29 Disember 2013

Mesyuarat KRT kali ke 2


Waktu aku datang kat mesyuarat Agong Kawasan Rukun Tetangga (KRT) .... mesyuarat baru saja bermula dan kehadiran orang ramai pun belum lagi memenuhi kerusi yang disediakan, aku sangkakan aku orang yang terakhir.

Tahun ni ada pemilihan jawatankuasa ...... walaupun nama aku dicalonkan sebagai timbalan Pengerusi KRT tapi aku menarik diri,..... kerana bagi aku ada unsur-unsur politik dan balas dendam.... yang mana individu yang mencadangkan nama aku itu tidak menyukai Timbalan Pengerusi sedia ada kerana dia tewas pada pemilihan Pengerusi JKKK yang lalu.

Tanpa disangka .... tahniah untuk anak aku kerana terpilih menjadi Pengerusi Tunas Muda KRT . Aku........ lebih selesa sebagai AJK 


Continue Reading...

Buku pengurusan 2014


Hari ni lewat balik dari tempat kerja.... tidak seperti biasa kerana menyiapkan buku pengurusan bagi tahun 2014.... besok mesyuarat... dan juga pendaftaran bagi kemasukan sesi 2014... buku perlu disiapkan cepat.

Kerana kekurangan staf maka terpaksa minta bantuan dari pak guard sekolah. .. terima kasih kepada pak guard kerana sporting dan sudi membantu.
Continue Reading...

Sabtu, 28 Disember 2013

Kanak-kanak memang sukakan air

Gambar sekadar hiasan

Tidak dinafikan  kanak-kanak memang sukakan air... dimana ada parit disitulah dia suka bermain.... bagi kanak-kanak ni dengan air ni di boleh buat macam-macam.... kalau tidak percaya cuba perhatikan baik-baik anak kita bermain air dibilik air memang asyik diakan.

Tu baru dalam bilik air, belum lagi diparit.... lebih-lebih lagi parit tu ada pula anak-anak ikan yang bermain-main. Lagi asyik dia bermain.... perlu dipantau lebih-lebih lagi kalau parit tu dalam.... kekadang perkara seperti ini amat merungsingkan aku.... maklumlah belakang dan depan rumah aku di ada alor dan anak-anak aku ni pula amat suka memancing. Itu yang risau sangat, sekarang ni musim hujan dan air alor tu dalam sedikit daripada biasa.

Kanak-kanak ni kalau jatuh, bukannya tahu berenang. Jatuhnya seperti batu yang dicampak ke air terus tenggelam. Tragedi yang menimpa ke atas anak sepupu aku petang kelmarin bila anaknya dijumpai lemas didalam parit. sepupu aku ni tingggal dikampung yang berlainan. Anaknya baru berusia enam tahun.... dia menyedari bila anaknya tiada bermain dihalaman rumah seperti kebiasaannya. Berdasarkan pada basikal yang berada diparit maka orang kampung menyelam dan mendapati mangsa berada didasar parit yang dalamnya hampir sembilan kaki.

Memang benar malang itu tidak berbau tetapi pemantauan itu perlu dan sedikit kealpaan itu mengundang padah... 

aku sentiasa berpesan pada anak-anak supaya tidak bermain berhampiran alor yang airnya dalam.....
Continue Reading...

Jumaat, 27 Disember 2013

Segmen Pencarian Bloglist Di Mohd Noor Shawal's Blog


Jom join pencarian bloglist 

Di Mohd Noor Shawal's Blog


Continue Reading...

MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 6


Continue Reading...

Segmen Bloglist 2014 NasuhaNass

Nasuha sedang mencari blog-blog untuk dimasukkan ke dalam bloglist 2014.
Jom Join

Continue Reading...

1st NEW YEAR GIVEAWAY BY YAN


HADIAH

3 PESERTA AKAN DIPILIH UNTUK MENERIMA TOPUP RM 10 UNTUK PENGGUNA MAXIS ATAU CELCOM SAHAJA.


*URL ENTERI YANG BERADA DI SHOUTBOX TIDAK AKAN DITERIMA*
*KALAU KURANG DARIPADA 20 PENYERTAAN MAKA GA INI AKAN TERBATAL*
*PEMENANG AKAN DITENTUKAN MELALUI  random.org *
*GA INI AKAN TAMAT PADA PUKUL 12.01 MINIT  MALAM PADA 28/12/2013.*


Continue Reading...

Khamis, 26 Disember 2013

Asalkan ada kemahuan



Rezeki ada dimana-mana. Kalau kita rajin berusaha pasti ada kejayaan...... Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.... pepatah ini sesuai untuk seorang sahabat aku... seorang OKU. Orangnya rajin berusaha kalau dulu dia menternak ikan sekarang ini beliau berkecimpung dalam penternakan itik muscovy.

Asalnya bermula dari cadangan aku sendiri..... sekarang ni beliau menternak hampir seratus ekor lebih... dan cadangannya untuk menambah lagi bilangan itik ternakan... cuma katanya masalah paling besar ialah tentang harga makanan yang mahal. Sebagai seorang sahabat aku akan memenuhi permintaannya untuk menolong membuat kertas kerja bagi projek pembesaran penternakan itik termasuk memohon sumbangan atau bantuan dari badan yang berkaitan.... 

Pertama sekali katanya dia nak hantar kertas kerja tu kepada YB... untuk menyedia modal sendiri katanya dia tidak mampu dengan keupayaan yang dia miliki... tapi aku tabik spring pada dia.... satunya dia terima cadangan aku dan melaksanakan dengan jayanya dan telah mendapat hasil daripadanya..... berbanding dengan mereka yang sihat tubuh badan tapi masih meminta-minta.


Continue Reading...

Selesai memindah dokumen ke pejabat baru



Sehari dua memang penat ... kerja-kerja memindah fail-fail dan  dokumen ke pejabat baru di bangunan baru sahaja selesai...  tinggal masukan fail ke dalam kabinet sahaja. 

Penat tu memang penat... kalau buat kerja orang, kerja kita belum selesai...... nak marah pun ada nak suka pun ada... nasihat dah nasihat tak dimakan nasihat. Nak lempang kan orang tua.... tak pasal-pasal dilempangnya balik kita..... kang...kang... sakit saja lah kita.

Ni citer pasal pekerja yang tidak hadir bertugas.. tindakan telah diambil... tahan gaji ... dan sebagainya... agak-agaknya kaya dia ...... gaji tak dapat pun masih tak kisah.... kalau aku manalah nak cari duit lain.

Apa-apa pun kerja tetap kerja....keikhlasan tu lah yang paling penting.... kerana imbuhan dan  gaji yang kita dapat tu bukan kita sahaja yang makan.... anak dan isteri  kita. Keberkatan rezeki tu yang perlu diambil kira.
Continue Reading...

Pencarian Bloglist dan Review Blog


Dua hari tidak dapat online secara baik... maksudnya ialah aku terpaksa online curi-curi masa kerana terlalu sibuk. Sehari sebelum cuti Krismas tu aku berkursus dan bila cuti tu almaklumlah nama lagi cuti...... cuti berkerja.... tapi kerja lain tu banyak pula.... lagi pun bila kat rumah tu line punyalah ciput, tambahan lagi laptop hantar untuk baiki..... 

Bila online pagi hari ini jengah ke blog rakan-rakan ada yang ajak join segmen dari Cik Lyeen kita.... sebagai sokongan kepada rakan-rakan blogger jomlah kita pakat join.
Continue Reading...

Selasa, 24 Disember 2013

Kursus eSPKWS



Hari ini kena Kursus eSPKWS.....mulai tahun 2014 segala pengurusan kewangan akan menggunakan sistem ini secara atas talian..... Segala pengurusan kewangan sekolah dihujung jari...... 

Macam biasalah kalau kursus..... tika beginilah nak jumpa kawan-kawan yang sama jawatan....tukar-tukar pendapat,.. tanya itu ini pada kawan-kawan yang lebih berpengalaman.

Tunggu satu lagi .... bengkel PATSKOM... kemungkinan akan diadakan pada awal Januari 2014. Semunya berkaitan dengan pengurusan kewangan sekolah.
Continue Reading...

Isnin, 23 Disember 2013

SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN

http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/12/segmen-pencarian-bloglist-4-bulan-by.html
 
SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN | Alhamdulillah.Disember tiba lagi.tibalah masanya kathy untuk melancarkan Segmen Pencarian Bloglist 4 Bulan. Kali ini seramai 25 orang blogger akan di pilih menghiasi Kathy Bloglist  dalam Kategori 4 bulan (Januari-April 2014).


Jika penyertaan melebihi 25 orang,maka kathy akan membuat pilihan,sebaliknya jika kurang atau cukup2 25 orang,kesemuanya akan di bloglist. Seperti biasa ada syarat2nya untuk melayakkan diri join segmen ini.ada juga hadiah misteri menanti 2 peserta yang bertuah. :)


SYARAT PENYERTAAN:

1. seorang blogger dan aktif berblog.


2. beri tajuk segmen "PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN".


3. follow blog  Coretan Hati  dan  Diari Resipi.


4. add G+  Kathy R'bain.


5. like pages facebook :-




6. sesiapa yang berjaya menjadi rakan bloglist kathy,di minta agar dapat masukkan link blog kathy dalam bloglist korang juga.


 7. segmen bermula 23.12.13-30.12.2013 jam 12 tengah malam.
Continue Reading...

Segmen : Jom Blogwalking


Jom Blogwalking ke Blog Deeno tengok apa ada disana.. Klik banner tu


Continue Reading...

Kali pertama guna Dropbox



Kalau sebelum ni aku susah payah kesana-sini bawa pen drive atau external hard disk tapi sekarang tak lagi. Nasib baiklah ada kawan yang maklumkan tentang pengunaan.... memang senang bila time pergi kursus.. pindah je fail tu ke PC lain... dah banyak fail yang ada kaitan dengan kerja-kerja yang aku masukkan kat sini.... 

bagi sapa-sapa yang tak tau dropbox boleh lah ke SINI.... tak payahlah aku nak jelas panjang lebar... hee... hee..
Continue Reading...

SEGMEN : Jom Terjah Blog ERAZFADLI.COM


Aku suka blog Eraz ni sebab tu awal-awal lagi aku telah masukkan blog dia dalam bloglist aku...  Kalau anda nak tahu apa entri yang menarik yang menyebabkan aku tertarik msukkan dia dalam bloglist aku ni, jomlah kita pakat-pakat terjah blog dia ..... hee..hee.. tekan banner kat atas tu

Continue Reading...

Sabtu, 21 Disember 2013

Tunggu hujan teduh

Baru berkira-kira hendak pergi memancing bersama-sama anak-anak..... siap dengan beli joran dan mesin baru.... tup..tup hujan turun..... harap-harap taklah sampai ke petang. Umpan pun dah siap ramu..... anak-anak menanti dengan sabar.



sekadar hiasan

Continue Reading...

Pencarian Bloglist 2014 By BBL


BBL sedang mencari blog untuk mengisi slot bloglist baru 2014.
10 bloglist di tawarkan kepada blogger lelaki bagi slot blogger kacak &
10 bloglist bagi blogger perempuan untuk slot blogger cantik.

Peluang untuk korang mendapat slot bloglist sangat besar sebab
BBL dah asingkan antara bloglist lelaki & perempuan.

Continue Reading...

Blogwalking & follow blog

Malam ni tiada apa yang hendak dibuat line kekadang terasa laju dan kekadang terasa lembab.... tergerak dihati ini untuk sesi blogwalking dan follow blog ....... dan blogger-blogger yang menjadi mangsanya ialah peserta :

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


kerana terlalu banyak yang aku follow malam ni ..... maka setiap kali aku follow blog ...... macam ni yang jadi.... perlukan pengesahan .... mungkin blogspot ingatkan aku robot barangkali


Lama-lama aku jadi boring tambahan line pula yang tenggelam timbul..... kepada pemilik blog yang belum sempat aku kunjung.... sabarlah kerana aku bekunjung semula dengan list yang sama dari :

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com

Continue Reading...

Jumaat, 20 Disember 2013

Boring tahap gaban

Tiada apa yang hendak dilakukan pada petang hari Jumaat ini..... boringnya tahap gaban.  Kalau kebiasaan pada hari cuti begini aku berkebun....musim sekarang ni tanah lembab tak sesuai untuk menyangkul..... lagi pun takut takut nanti banjir pula yang melanda.   

Anak-anak pula ajak ronda ronda ke Ampangan jajar.... katanya tengok orang mancing... Ada juga terniat untuk mancing sama.... apapun layan ajakan anak dulu yang tengah boring.


Continue Reading...

Kuning memanjang


Aduuhhh ini yang buat aku panas hati dari petang tadi line punyalah merayap....... kalau dia kuning  nampak gaya tak berfacebook dan berblogwalking lah ....... tunggu-tunggu kalau warna hijau yang muncul..... 

Bayaran dia tiap-tiap bulan tak pernah miss ..... RM160.00 sebulan, bukan unlimited..... Apakan daya tak dapat pakai streamyx....yang tinggal hanya tiang kabelnya entah kemana. Bahana si pencuri.
Continue Reading...

Khamis, 19 Disember 2013

Carta Pengomen 2013

Continue Reading...

Rabu, 18 Disember 2013

Meja Kerja #4


Kesian dia orang penat kerana memunggah fail-fail dari pejabat lama ke pejabat baru...... aku terpaksa menggunakan khidmat dua orang anak kerana pekerja-pekerja am sekolah sibuk memunggah perabot, kerusi dan meja ke kelas-kelas.. Kerana pada sesi persekolahan 2014 mesti beroperasi di bangunan baru.
Continue Reading...

Selasa, 17 Disember 2013

Meja Kerja #3




Inilah meja kerja aku yang baru selepas berpindah ke bangunan baru... meja yang belum diletakkan apa-apa dokumen dan PC... .. selepas ini meja itu akan berterabur.... biasalah kan  menandakan aku sedang sibuk berkerja....


Nota;

Aryani Stive Indra merupakan follower saya yang ke Lima Puluh
Continue Reading...

Keputusan semalam

Alhamdullillah hari ini line internet dah laju...... barulah hati terasa untuk mengupdate blog dan berblogwalking.. 


Semalam seperti biasa aku memenuhi temujanji dengan doktor setiap dua bulan sekali...... kalau minggu lepas untuk mengambil darah dan semalam adalah hari untuk mengambil result darah......Hasil dari keputusan itu amat amat mengembirakan hati ini...

Semua keputusan ujian yang diambil adalah normal kalau sebelum ini bacaan fungsi hati melebihi paras normal sekarang dah kembali normal.... Dari perbincangan yang dibuat doktor memaklumkan bahawa bacaan fungsi hati naik adalah disebabkan ubat yang digunakan............

Maklumlah bila umur makin meningkat semuanya perlu jaga..... Kalau sebelum ini temujanji dua bulan sekali telah diubah ke enam bulan sekali.....


Nota :
Menanti siapakah follower yang ke lima puluh


Continue Reading...

Sabtu, 14 Disember 2013

Cantik cuaca malam ni

Sekali lagi aku meninjau anak-anak dan anak sedara yang pergi memancing...... aku bukannya apa risaukan keselamatan diri dia orang.. sapa tak sayang anak oooiiiii.....

Mana tau kan malam malam gini..... kala, jengking atau yang lebih bisa lagi ular.... tempat dia orang mancing tu kiri kanannya semak.... mana taukan malang tu tak berbau.... anak ini kena ingat ingatkan




Hasi pancingan dia orang



Lagi pun cuaca malam ni cantik. ..... bulan senyum senyum di balik awan. 
..



Nota Kemaskini :

Entri ni dikarang untuk dipost semalam tetapi masalah line yang perlahan...
tersimpan didalam draf ... fikir punya fikir pos jugalah
Continue Reading...

Jumaat, 13 Disember 2013

segmen : saya sayang blog saya

Sapa tak sayang bini wooooiiiii... oooppppsss Sapa tak sayang blog...... Dulu rasa sayang dan cinta pada blog tu memang tak rasalah...... sekarang ni memang sayang.... macam dulu jugak masa belum ada bini tak pernah nak sayang bini... selepas kahwin baru rasa sayang kat bini... betul kan.. kann..


Ada sapa-sapa yang ada bini dan sayang bini cer angkat tangan... angkat tinggi..tinggi lagi....dan ada sapa-sapa yang ada blog tapi tak sayang blog ........ kalau tak sayang blog anda sendiri... cepat-cepat tutup blog anda tu.... mesti sayang kan... 



Kalau sayang sangat-sangat sayang apa kata pakat-pakat tekan banner bawah tu... jom .... pakat join




Continue Reading...

Khamis, 12 Disember 2013

Keyword popular

Hampir setahun blog ini diwujudkan ..... inilah hasil carian kata kunci untuk blog Kecek Lebih Kure(pasal kure tu mungkin ada yang tidak memahami maksudnya) maksud kure itu ialah kurang. 

Kata kunci bomoh........mungkin ramai yang mencari maklumat bomoh yang handal bagi pelbagai tujuan. Satu tajuk yang aku hasilkan dulu berkenaan dengan Edisi Cari Bomoh 




Continue Reading...

Time macam ni lah dia buat hal

Niat abang ipar aku untuk balik ke Johor Baharu hari ini terbantut... gara-gara masalah pada gear mpv dia.... hendak tak hendak dia kena bermalam satu malam lagi sehingga kerosakan dapat dibaiki....

Duit lagi katanya..... aduhai pening-pening, sekolah pun dah nak buka.....


Continue Reading...

Dah lama tak memancing

Semalam tergerak hati untuk ke tempat anak-anak dan anak sedara memancing.... bukannya apa sekadar memantau keselamatan dia orang...

Bukannya apa, anak sedara yang datang dari Johor Baharu kempunan untuk merasa suasana memancing disini... jadi anak-anak aku ajak sepupu dia orang mancing kat Ampangan Jajar Besut.  Kebetulan air di ampangan dilepaskan menyebabkan paras air tengah surut dan menyebabkan ikan tidak memakan umpan .... janji dia orang dapat lepaskan gian.



Continue Reading...

banjir...... sangkut ditempat kerja...

Cerita banjir ni berlaku pada dua hari lepas iaitu pada hari Isnin.... hari tu cuba nak post dah entri ni tetapi disebabkan masalah pada line yang terlalu perlahan....

Jam 10.30 pagi aku dimaklumkan oleh jaga sekolah supaya cepat keluar kerana air mula melimpahi jalanraya
Redah tetap kena redah aku tidak sanggup untuk bermalam disini.... kebiasaannya disini kalau hujan lebat tidak berterusan dalam dua tiga jam air cepat surut.... tetapi apa yang merisaukan aku bila disini surut.... paras air di jambatan Kampung Jerebun pula yang naik dan melimpahi ke atas jalan laluan utama yang menghubungkan Jerteh - Keruak.... kalau kat situ dah sah bermalamlah disekolah.



Gambar banjir Sekitar FELDA Tenang



Jam 2.00 petang Jalan utama menghubung Jerteh -  Keruak hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat. nasib baiklah pagi tadi awal-awal lagi aku balik. kalau tidak memang sah BERMALAM kat situ.


paras air dijambatan Kampung Jerebun

Continue Reading...

Isnin, 9 Disember 2013

Kali pertama ke Perpustakaan Kuala Terengganu

Kalau pada Khamis lepas aku ke Wisma Darul Iman atas urusan menghadiri Taklimat Syarat Baharu Pemilihan Pengetua dan Guru Besar hari ini pula ke  Perpustakaan Awam Kuala Terengganu kerana menghadiri Taklimat Faedah Pencen Terbitan dan Pengiraan GCR.




Kalau sebelum ini hanya memandang dari luar kali inni berkesempatan menjejakkan kaki ke ruang dalam Perpustakaan..... sungguh luas itulah ungkapan yang diluahkan oleh rakan-rakan peserta taklimat yang kebanyakkan merupakkan kali pertama juga ke sini



Kerana ramainya peserta kursus......Dewan Utama perpustakaan tidak dapat menampung peserta dari seluruh daerah di Negeri Terengganu hinggakan ada peserta yang berada diluar dewan.



Continue Reading...