Selasa, 26 November 2013

Teman Baru

Share it Please
Tengok tajuk tu.... saja buat tajuk tu..... bukan orang sebagai teman yang baru tetapi telefon sebagai penganti telefon terdahulu yang hilang...... dalam dok fikir-fikir telefon apa yang nak dibeli... terlintas beberapa perkara yang pertamanya ..

Kamera nikon D70 yang telah rosak pada tapak SD kad dan D200 yang baterinya telah kong dan masih tidak terbeli lagi..... walaupun rega bateri tak lah mahal sangat tapi kat bandar aku tinggal ni mana ada.. tetap kena order...

Pastu yang keduanya pula henset yang aku pakai dulu tu yang aku sentiasa online FB tu dah hilang... buat sementara aku belilah henset secondhand jenis lama dengan rega pun cukup murah tak sampai RM70..... rasa-rasanya tak cukup sempurna setakat call in ... call out pastu mesej....

Akhirnya aku beli Samsung S4 Zoom kerana aku nak kedua-dua sekali.... cuba tengoklah kualiti gambar yang diambil dengan S4 zoom

Dialah yang akan jadi teman baru aku, yang akan mengisi ruang poket ku dengan saiz yang sedikit tebal....



Mode Macro

Mode food



Yang bawah ni view biasa

 yang ni zoom in sehingga 10x

Aku sebenarnya belum habis explore lagi fungsi-fungsi yang lain... 

Tiada ulasan: