Sabtu, 30 November 2013

Lawatan ke Taman Herba, Tasik Kenyir

Share it Please
Dari semalam lagi aku ingin postkan cerita tentang kunjungan ke Taman Herba Tasik Kenyir.... tapi line slow macam siput sedut... 

Sebenarnya tiada niat untuk ke sini ....... niat asalnya untuk ke rumah sepupu di Kampung Tayor, Setiu......tetapi disebabkan melencong dan masuk ke jalan lain iaitu sebaik saja sampai di Kampung Batu 29, Setiu aku masuk ke Kampung Langkap dan terus ke Pangkalan Gawi Tasik Kenyir....... (Selepas tu barulah aku ke rumah sepupu ... keluar ikut jalan Kuala Jeneris)

Memandangkan isteri dan anak-anak yang belum pernah sampai kesini.... hanya anak sulong sahaja yang pernah datang kesini menemani aku memancing. 

Kata isteri sekadar untuk melihat-lihat pemandangan sekitar Tasik sahaja tapi aku kata kat dia... kalau setakat lihat diatas tebing sahaja tidak memadai lebih baik tak payah datang.

Itu yang menyebakan aku sampai ke Taman Herba ini........ dengan tambang sekadar RM120 untuk sebuah bot





Menanti boatman sedang mengisi minyak


anak yang bongsu tu cukup teruja maklumlah baru kali pertama naik bot





Disekeliing Taman ini kita boleh melihat pelbagai jenis herba dan mengetahui khasiat dan kegunaannya







Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh En. Rosli..... beliau yang bertanggungjawab menjaga tanaman herba di pulau ini..... orangnya baik dan peramah serta tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan tentang herba


Periuk Tanah liat yang digunakan untuk merebus akar herba..... Kacip Fatimah dan Tongkat Ali.... pengunjung kesini berkesempatan merasa kedua-dua air rebusan herba ini.



Pelbagai jenis dan nama tumbuhan yang tidak pernah terfikir oleh kita akan khasiatnya








2 ulasan:

Mohd Ghazali Abdullah berkata...

seronok bercuti..banyak pengalaman dan pengetahuan apb ke sana

JunAina berkata...

Kalau ada rezeki ke Terengganu saya mesti masukkan melawat taman herba ini dalam acara lawatan, menarik. Last saya prgi Terengganu dan ke Tasik Kenyir 12 tahun yg lalu.