Sabtu, 30 November 2013

Lawatan ke Taman Herba, Tasik Kenyir

Dari semalam lagi aku ingin postkan cerita tentang kunjungan ke Taman Herba Tasik Kenyir.... tapi line slow macam siput sedut... 

Sebenarnya tiada niat untuk ke sini ....... niat asalnya untuk ke rumah sepupu di Kampung Tayor, Setiu......tetapi disebabkan melencong dan masuk ke jalan lain iaitu sebaik saja sampai di Kampung Batu 29, Setiu aku masuk ke Kampung Langkap dan terus ke Pangkalan Gawi Tasik Kenyir....... (Selepas tu barulah aku ke rumah sepupu ... keluar ikut jalan Kuala Jeneris)

Memandangkan isteri dan anak-anak yang belum pernah sampai kesini.... hanya anak sulong sahaja yang pernah datang kesini menemani aku memancing. 

Kata isteri sekadar untuk melihat-lihat pemandangan sekitar Tasik sahaja tapi aku kata kat dia... kalau setakat lihat diatas tebing sahaja tidak memadai lebih baik tak payah datang.

Itu yang menyebakan aku sampai ke Taman Herba ini........ dengan tambang sekadar RM120 untuk sebuah bot





Menanti boatman sedang mengisi minyak


anak yang bongsu tu cukup teruja maklumlah baru kali pertama naik bot





Disekeliing Taman ini kita boleh melihat pelbagai jenis herba dan mengetahui khasiat dan kegunaannya







Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh En. Rosli..... beliau yang bertanggungjawab menjaga tanaman herba di pulau ini..... orangnya baik dan peramah serta tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan tentang herba


Periuk Tanah liat yang digunakan untuk merebus akar herba..... Kacip Fatimah dan Tongkat Ali.... pengunjung kesini berkesempatan merasa kedua-dua air rebusan herba ini.



Pelbagai jenis dan nama tumbuhan yang tidak pernah terfikir oleh kita akan khasiatnya








Continue Reading…

Khamis, 28 November 2013

Ini lokasinya.....

Dah ramai yang nak tau kat mana lokasi yang menyerupai menara berkembar petronas..... Lokasinya di Felda Tenang Besut, Terengganu...





Betul-betul ditepi jalan berhampiran dengan pintu gerbang masuk ke Felda Tenang



Memang kreatif dia orangkan. Hanya dengan himpunan tayar-tayar dari pelbagai saiz.......Semangat satu felda memastikan mereka berjaya membina replika ini.... bukan senang.... dan bukannya rendah 





Continue Reading…

Rabu, 27 November 2013

Selasa, 26 November 2013

Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.
Continue Reading…

Teman Baru

Tengok tajuk tu.... saja buat tajuk tu..... bukan orang sebagai teman yang baru tetapi telefon sebagai penganti telefon terdahulu yang hilang...... dalam dok fikir-fikir telefon apa yang nak dibeli... terlintas beberapa perkara yang pertamanya ..

Kamera nikon D70 yang telah rosak pada tapak SD kad dan D200 yang baterinya telah kong dan masih tidak terbeli lagi..... walaupun rega bateri tak lah mahal sangat tapi kat bandar aku tinggal ni mana ada.. tetap kena order...

Pastu yang keduanya pula henset yang aku pakai dulu tu yang aku sentiasa online FB tu dah hilang... buat sementara aku belilah henset secondhand jenis lama dengan rega pun cukup murah tak sampai RM70..... rasa-rasanya tak cukup sempurna setakat call in ... call out pastu mesej....

Akhirnya aku beli Samsung S4 Zoom kerana aku nak kedua-dua sekali.... cuba tengoklah kualiti gambar yang diambil dengan S4 zoom

Dialah yang akan jadi teman baru aku, yang akan mengisi ruang poket ku dengan saiz yang sedikit tebal....



Mode Macro

Mode food



Yang bawah ni view biasa

 yang ni zoom in sehingga 10x

Aku sebenarnya belum habis explore lagi fungsi-fungsi yang lain... 

Continue Reading…

Lada

Berkebun ni memang hobi aku dari semenjak kecil... ..kebun pun bukannya luas.... hanya sekitar sekeliling rumah....

Kali ni dua jenis lada yang aku tanam dibelakang rumah satu tu yang berwarna ungu sebelum masak tapi bila masak warnanya tetap merah dan satu legi jenis bulat. Kedua-dua jenis ini asalnya aku tanam banyak pokok...... yang tinggal hanya sepohon bagi setiap jenis... nasib baik adalah juga untuk dibuat baka





Continue Reading…

Sabtu, 23 November 2013

pandailah bodek....

Semalam dah beli mini tabletop football.. hari ini yang sorang lagi minta dibelikan B-daman.. sanggup picit-picit dan urut-urut badan abah dia... lepas tu naik atas belakang ....pijak-pijak belakang dengan tapak kaki... pandai bodek abah dia...

Bila kita kata beli semula ... bila ada duit..... dikatanya pula... hari isnin nikan dapat gaji... 25 haribulan kan. Tau pula dia tarikh gaji kita...alahai anak-anak.








Continue Reading…

Jumaat, 22 November 2013

Mini Tabletop football

Bila dah main tu bukan setakat tangan saja yang main... mulut pun main sama itu yang jadi bisingnya... Siap kata mengata.. nilah bila anak dah besar panjang dan makin meningkat remaja.... yang itu kata yang ini... itu yang jadi sakit telinga... larang dengar kejap pas tu bunyi lagi. Berhentinya tidak .... akhirnya aku tumpang main sekali... siap buat liga 3 minit separuh masa pertama... hadiahnya abah pulak yang kena sponsor.... johan dapat RM3

Takpelah janji meriah sama dengan anak-anak musim-musim cuti sekolah begini





Continue Reading…

Khamis, 21 November 2013

Dah tua rupanya

Sedang ronda-ronda dan pusing-pusing di sebuah supermarket diruangan pakaian tetiba ditegur si awek jurujual

" Pokcik nak beli apa" terkedu aku dibuat nya... tua sangat ke aku ni. Agak-agak jarak usia aku dengan si awek ni bukanlah samapai berbelas-belas tahun  lebih kurang lima enam tahun je.

berpusing... spontan... sambil senyum "Lain kali panggilah abang, barulah abang terasa nak beli dik" ayat bergurau.

Aku terasalah..... bukan untuk aku sahaja.. kalau si awek tu membahasakan 'encik' lagi bagus bersemangat juga nak membeli dan terus belah tak nak tekel-tekel pun.
Continue Reading…

Nostalgia kebun getah

Esok hari jumaat dan cuti berkerja bagi aku yang tinggal di negeri Terengganu ni dan sudah menjadi kebiasaan bila pagi aku ke kebun untuk menoreh getah dan menebas semak samun. Hujan yang mulai turun sejak sehari dua ini menyebabkan aktiviti kebiasaan ini. 

Gambar dirakam pada musim cuti sekolah pertengahan tahun yang lalu

Aku selalu mengingati kesukaran yang terpaksa ditempuhi oleh ayah dan emak aku dalam mencari sumber rezeki yang kebergantungannya adalah pada hasil menoreh. Musim hujan yang melanda bermula dari bulan Oktober sehingga Disember atau membawa ke Januari. Kebiasaannya ayah dan emak akan menyediakan tabungan untuk dua tiga bulan. pada musim tengkujuh ada ketikanya ayah terpaksa berhutang dengan taukeh getah (pembeli getah).

Waktu itu adalah waktu yang sukar bagi kami sekeluarga (1970an-1980an). Sekarang kami adik beradik tidaklah tergolong dalam lingkungan orang yang kaya raya hanya sekadar berpendapatan sederhana. Tapi aku tidak lupa pada kebun getah itu yang banyak berbakti pada kami adik beradik. Ada ketika waktu yang terluang aku tetap mengunjungi dan kembali menoreh batang-batangnya. Terlalu banyak kenangan bersama ayah disini Terkadang terbayang ayah terbongkok-bongkok menoreh dari batang ke batang getah.



Continue Reading…

Rabu, 20 November 2013

Senarai Bloglist Baru

Aku bercadang untuk mengemaskini  bloglist.  Beberapa blog yang berada dalam bloglist tu akan dikekalkan dan beberapa blog akan dbuang. Bagi rakan blogger yang ingin blog  tersenarai dalam bloglist, blog lebih kure ni bolehlah buat beberapa langkah seperti di bawah. 

1.    Anda tak perlu tampal apa-apa gambar atau apa sahaja kerana sememangnya aku 
       tidak sediakan
2.    Perlu follow blog ini.
3.    Tinggalkan komen diruangan komen/apa-apa aje komen yang membina/tak mau yang 
       mengutuk kerana blog aku ni memang lebih kure aje dan berkecekkira pun lebih kure
4.    Berakhir sehingga 31 November 2013

Sebenarnya ia bagi memudahkan aku yang ingin blogwalking ke blog rakan-rakan blogger semua. Harap-harap ada sambutan dari rakan-rakan blogger.
Continue Reading…

Selasa, 19 November 2013

Musim hujan bermula



Hari ini aku bercuti..... niat dihati banyak kerja yang harus dilaksanakan tetapi hujan lebat yang bermula menyebabkan aktiviti yang dirancang terbengkalai. Bukan aktiviti apa pun sebenarnya niat dihati tu untuk ke kebun menebas sikit sebanyak semak samun yang merimbun.

Hujan yang mulai turun membataskan aktiviti yang dirancang.... akhirnya aku lepak dikedai membantu isteri sedikit sebanyak.



Continue Reading…

Sabtu, 16 November 2013

Hasil dari hobi

Hari tu aku ada post tentang aktiviti aku bila balik dari kerja disini. Memang berkebun sayur tu hobi aku, sambil buat peluh petang-petang hari.... memang tak rugi pun bila berbakti pada tanah ni...


bukan luas pun tanah yang aku usahakan, cukup untuk dua puluh hingga tiga puluh lubang je. Pokok-pokok kacang bendi ni dah pun megeluarkan buah... sekejap je masa berlalu


Walaupun tak banyak mana kacang bendi yang ditanam tapi nak dimakan kesemuanya terasa banyak..... lepas kutip pagi tadi terus hantar ke gerai penjual sayur ditepi jalan.... janji dapat seringgit dua jadilah sekurang-kurangnya balik modal harga baja



Continue Reading…

Lamanya tak mandi sungai

Hari ini berkesempatan mandi sungai.... setelah bertahun tidak mandi sungai hari ni bila pulang ke rumah mertua aku dan anak-anak berkesempatan untuk mandi. Banyak kali balik sebelum ini tapi hati tidak tergerak untuk mandi tapi disebabkan ajakan dari anak-anak terpaksalah ikut sama. Air nya memang sejuk. Kalau panas-panas di musim panas bolehlah sejukkan badan di sungai ini



Anak perempuan bongsu seorang ini pun teringin sangat untuk mandi sama tapi disebabkan dia mengalami demam selsema maka aku tak izinkan dia mandi. Tengok yang lain mandi cukuplah.... dalam larang-larang pun mula-mula cecah kaki ke air lepas tu cuba pula cecahkan lutut ke air. Cukup-cukup setakat tu je.


Yang seorang siap berendam sampai merah mata-mata. Bila diajak balik katanya sekejap lagi belum puas mandi lagi katanya.



Continue Reading…

Rabu, 13 November 2013

Meja Kerja #2


Abaikan meja kerja aku yang tidak cantik dan sememangnya tidak menarik...... tentang bersepah tu kerana sehari dua ni aku sememangnya terlalu sibuk. Lebih lebih lagi sedang menguruskan dokumen-dokumen seorang rakan/guru/staff disekolah yang meninggal dunia kemalangan beberapa hari yang lalu.

Sekembali dari PPD diatas meja ada pula beberapa kotak susu.. tanya..tanya rupanya PK HEM yang tertinggal diatas meja. susu tu sebenarnya susu projek susu sekolah untuk diedarkan kepada pelajar.

Kembali kepada meja kerja tadi... sememang tu lah meja kerja aku... memang tak cantik memang tak menarik..... janji aku tetap berkerja

Continue Reading…

Selasa, 12 November 2013

Laptop baru

Beberapa minggu laptop yang sedia ada mengalami kerosakan yang teruk dan kalau dibaiki pun rasanya kosnya pun dah dikira tak berbaloi..

Pusing punya pusing kedai-kedai komputer petang semalam akhirnya aku berkenaan dengan Acer Aspire e1-470.. cukup dengan duit yang ada dalam poket.. rega dia adalah dalam RM1470.00


 Semoga yang ni dapat berbakti dengan baik sebagaimana laptop yang dulu... kerja gomen macam aku ni banyak terlibat dengan e tu dan e ni... banyak e yang aku kena uruskan. Kadang-kadang tu sampai kat rmah pun aku buat e tu juga

Continue Reading…

Ahad, 10 November 2013

Alfatihah buat sahabat

Semalam aku dikejutkan dengan panggilan dari seorang sahabat yang merupakan wartawan sebuah akhbar tempatan yang meminta sedikit maklumat berkenaaan dengan seorang guru disekolah tempat aku bertugas.  Berita yang dikemalangan yang lewat diterima oleh aku. Selepas itu aku menghubungi beberapa rakan guru untuk mendapat kesahihan cerita itu.

Kesahihan cerita memang benar dan aku antara yang terlewat menerima perkhabaran ini. Alfatihah buat seorang sahabat. 

Sumber dari Sinar Harian ;
Continue Reading…

Rabu, 6 November 2013

SPM 2013





Hari ini hari pertama untuk anak aku yang sulong menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Yang aku heran si along ni nampak rilek dan yang kalutnya emaknya... mana taknya kata orang anak yang sulong penanda aras untuk adik-adik yang lain... Sebagai seorang bapa tentulah aku mengharapkan kejayaan dari anak-anak

Apa-apapun semoga si along tenang menghadapi kertas soalan...





Continue Reading…

Sabtu, 2 November 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates