Ahad, 27 Oktober 2013

Tunggu dan lihat

Dah bawak masuk dalam mesyuarat JKKK..... Dah maklum pada Setiausaha Kerja YB ADUN...... hanya surat belum disusul lagi. Gambar dah ambil lepas ni nak hantar kat YB ADUN Supaya tindakan segera diambil.. 

Sekarang ni dah penghujung Oktober....... sehari dua lagi masuk bulan November dan pas tu bulan Disember... bulan-bulan ni memang  hujan lebat yang biasanya membawa banjir.



Kalau tidak diambil tindakan dengan segera, rasa-rasanya berkemungkinan akan lebih banyak longkang ini yang akan jatuh... dan lagi banyak kos yang diperlukan untuk membaikpulih. Agak-agaknya kalau selepas banjir ni baru dibaikpulih dan runtuh sepenuhnya kami terpaksalah susun dan atur kayu untuk keluar ke jalan utama.



Continue Reading…

Khamis, 24 Oktober 2013

Gay rupanya

Kalau macam ni bila nak tambah populasi..... bila nak rasa telur itik. Gay rupa-rupanya itik yang aku pelihara. ni kes mungkin itik betina sekor dan yang jantan empat.

Aku ingatkan dalam dunia manusia aje yang ada gay/homoseksual/lesbian dan seangkatan dengannya. Dalam duunia hewan pun ada.


Gambar pakcik google punya

Continue Reading…

Ahad, 20 Oktober 2013

Cerita yang aku tunggu

Dengar-dengar khabar movie Tom Yum Goong 2 The Protector akan dimainkan pada 24 Oktober ni.....Tony Jaa ni memang aku minat dengan aksi dia, bukan itu saja anak-anak aku pun memang teruja lihat aksi pergaduhannya sampaikan terbawa-bawa selepas menonton... Sampaikan anak terikut nak belajar tomoi.... aku kata tak payah lagi,kalau nak juga belajar silat dulu lebih halus dan berseni

Agak-agaknya sequel kali ini lebih ganas dari sequel yang pertama dulu. Lebih banyak aksi patah-patahkan betis kaki dan tangan...  teringin nak tengok aksi Tony Jaa.... tapi kat tempat aku tinggal ni mana ada panggung wayang .... terpaksa kena tunggu vcd/dvd keluar nanti. Kena cari yang original punya baru puas hati dia punya gambar dan sound...





Continue Reading…

Khamis, 17 Oktober 2013

Lupa


Masih lagi dalam mood raya walaupun hari ini dah masuk kerja.... Sana sini masih ramai yang buat korban, banyak ekor lembu yang tumbang. Undangan sana sini yang dapat dipenuhi dan yang tak dapat dipenuhi. Ada satu dua yang terlupa........... pada kawan-kawan minta maaf banyak-banyak harap jangan seriklah untuk undang lagi

Seperti juga bila sampai kat sini banyak yang aku nak cerita tapi bila masa ngadap dia mesti lupa. Lupa apa yang aku nak ceritakan. Rasa-rasanya dah makin tua.... Ingatkan aku yang dah berusia ni aje yang terlupa. Anak-anak yang baru berusia belasan tahun pun kadang-kadang tu terlupa dan perlu diingatkan... terutamanya bab-bab sembahyang.  

Pelupa sangat ke aku ni ........rasa-rasanya taklah sampai tahap pakcik bawah ni



Continue Reading…

Isnin, 14 Oktober 2013

Aidil Adha Tahun ini

Salam Aidil Adha.... Besok dah nak raya. Cepat sangat masa berlalu. Tahun ni tidak seperti tahun-tahun lepas yang mana ramai jiran sekeliling yang mengundang untuk ke majlis korban mereka. 

Ramai diantara rakan-rakan bersungut harga lembu meningkat berbanding tahun lalu. Harga sebahagian lembu dah mencecah RM500 lebih. Bagi penternak lembu banyak faktor yang diambil kira termasuk harga makanan yang juga turut meningkat.

Buat Rakan-rakan blogger selamat menyambut hari raya korban .... semoga amalan korban kita diterima oleh Allah s.w.t





Continue Reading…

Ahad, 13 Oktober 2013

Bajet belum cukup

Sehari dua ni memang sibuk sampai tak sempat nak update blog hanya mampu blogwalking ke blog rakan-rakan yang berada dalam bloglist. Hari Jumaat ke rumah mertua dan Sabtu pula sibuk membantu isteri di kedai. Manalah sempat untuk mengadap komputer. Hanya merayau ke blog blog dengan hendpone je..........



Hati sangat untuk memiliki satu unit Soft Ice Cream Machine bagi di tempatkan di kedai kami..... cari-cari kat google harga dia pun boleh tahan juga dekat RM10 ribu tu... Hati memang dah berkenan dan memang perlu sangat untuk kedai kami tu tapi tentang duit tu kena tunggulah dulu..... kena cukupkan dulu... In Sha Allah kalau ada rezeki.... Bajet belum cukup bang .. kata isteriku

Continue Reading…

Rabu, 9 Oktober 2013

10 jenis makanan segera yang telah mengubah dunia

Beberapa hari lepas sedang santai depan tv hati tertarik menonton History Channel. Sebuah dokumentari "101 Fast Food That Changed The World" menarik perhatian aku. Jadi aku nak kongsilah 10 jenis makanan yang teratas dari senarai 101 jenis makanan segera tu.. Kenapa 10?... ya sepuluh tu je yang sempat aku catat.

Kita mula dengan nombor


10.   Kentang Goreng



9.   barbeque


8. Jerking - daging salai



7.   Pizza


6.   Madu



5.   Ayam Goreng



4.    Jeruk


3.   Pisang




2.   Hot Dog



1.   Burger














Continue Reading…

Selasa, 8 Oktober 2013

Sekadar berkongsi

Sedikit info dari BERNAMA......

CUEPACS MINTA JAWATAN PEMBANTU TADBIR DIGANTI
Bernama
3/10/2013

KANGAR, 3 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir yang secara tidak langsung boleh meningkatkan gred seramai 65,000 penyandang jawatan itu di seluruh negara. 

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penyandang jawatan itu merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan mereka tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu. 

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-11 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia di sini Khamis, beliau berkata CUEPACS telah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pertukaran nama jawatan itu serta meningkatkan gred jawatan berkenaan yang pada masa ini berada pada gred antara 17 dan 26. 

Beliau berharap JPA dapat memberi pertimbangan dan respons sewajarnya atas permohonan itu sebelum tarikh konvensyen tahunan CUEPACS selama tiga hari mulai 17 Disember ini bagi membolehkan keputusan yang positif atas cadangan itu dimaklumkan pula kepada seluruh kakitangan berkenaan. 
"Lebih diharapkan agar perkara ini dapat diketahui semasa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan bajet negara pada 25 Oktober akan datang," katanya. 

Omar berkata CUEPACS juga mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi kelulusan pinjaman perumahan kepada kakitangan perkhidmatan awam mengikut harga rumah, bukan mengikut tangga gaji mereka dengan kadar faedahnya dikurangkan kepada satu peratus berbanding empat peratus sekarang. 

Langkah itu dapat mengurangkan bebanan kakitangan awam yang membeli rumah berikutan harga rumah yang semakin meningkat, katanya. 

Mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012, beliau berkata CUEPACS amat terkejut dengan laporan itu kerana ia meletakkan imej negatif kakitangan perkhidmatan awam yang lemah menjalankan tugas sehingga membazirkan wang kerajaan. 

Sehubungan itu beliau berharap segala kelemahan oleh sebarang agensi sebagaimana yang didedahkan dalam laporan berkenaan dapat diperbetulkan segera supaya perkara itu tidak berulang dalam laporan tahun 2013 akan datang. 

-- BERNAMA
Continue Reading…

Ahad, 6 Oktober 2013

Bestnya bila pejabat dirumah

Betapa malasnya nak pergi kerja hari ni...... bangun pagi tubuh terasa lemau, kaki terasa berat. Mengagahi diri datang ke sekolah ........ Nasib baik aku tak amik cuti hari ni..... memang aku yang rekod cuti tu untuk semua staff termasuk aku sendiri . 

Datang- datang kerja memang banyak menanti... satu dua dan tiga telah selesai... banyak lagi menanti... PK Ko datang minta buat belanja untuk perkhemahan pelajar dan sukan tahunan...

Yang aku kesian kan rakan sebelah aku. EIO yang terpaksa membuat kerja orang lain. Masalah ni bila staff tak datang cuti tanpa sebab..... hari tu Bos dah arahkan surat tunjuk sebab kenapa tidak hadir bertugas tanpa sebab.... datang lah kejap dia. Lepas tu dah keluarkan surat arahan tahan gaji..........   Banyak duit dia ni. Kesian kawan ku ni buat kerja orang lain.... kerja aku orang lain tak boleh ganggu memang aku kena buat




Pasti bestkan bila pejabat kat dapur rumah.... bangun pagi pergi dapur.... lepas gosok gigi terus buat kerja.. agak-agak kau orang kan berapa kerja yang kita boleh buat bila pejabat di rumah. Selesa tak berkerja.... pengalaman aku bila aku buat balik kerja untuk disiapkan pada hari minggu. BAnyak kerja lain yang aku selesaikan... Akhirnya aku selesaikan yang tu disekolah juga.



Continue Reading…

Sabtu, 5 Oktober 2013

Akhirnya dapat ditangkap

Dah dua tiga malam bunyi bising ayam itik dibelakang rumah, rupa-rupanya si ular sawa ini yang mengacau yang akhirnya terperangkap di dalam pukat. Panjangnya lebih tiga meter dan sebesar labu betis.

Untuk mengeluar ular sawa yang terperangkap ini.... aku ajak kawan-kawan. Bukannya apa aku ni geli pada spesisi reptilia ni, lagi pun trauma yang amat sangat. Pernah dulu masuk wad dua tiga malam kerana di patuk oleh ular kapak.








Continue Reading…

Jumaat, 4 Oktober 2013

Betul ke ni

Macam tak percaya. Betul ke ni blog aku tersenarai. Semak-semak balik betul ke ni.. ya betul la tu nombor 25. Hari tu saja berkebetulan blogwalking ke blog Mialiana.com dan saja tinggalkan URL blog tak sangka pula jadi pengunjung bertuah


 Tak caya... tak caya.. Nombor 25 tu betul lah URL blog aku. Tengok print Screen sekali lagi ... betullah tu.  Apa-apa pun terimakasih kepada penganjur Mialiana.com







Continue Reading…

Khamis, 3 Oktober 2013

Dari HSA ke Ulu Pulai singgah sini

Bukan niat nak datang ke sini. Diluar perancangan. waktu pulang dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) dari melawat kakak di ICU sana ke Ulu Pulai Gelang Patah. Abang ipar beria-ria ajak singgah sini, Country Garden Danga Bay .... Walaupun mood masing-masing tak menentu.

Abang ipar ajak singgah juga masuk, lawat dan tengok apa yang ada dalam..... dah sampai sini katanya..... Bila lah pula nak sampai... nanti waktu melawat kita masuk pula HSA





Kebetulan hari tu hari ahad cuti hujung minggu, ramai pelancong yang datang, yang paling banyak aku tengok kereta berplat Singapura.... maklumlah Singapura tu tak jauh mana dengan tempat ni... seberang tu je.


Masuk dalam je dua tiga spesis ni siap menungu dan mengalu-alukan kedatangan kami



Emak yang tak berapa ceria... msih terkenang kakak yang di HSA.. katanya kalau ada kakak lagi meriah kerana dia seorang yang periang dan banyak cakap.... 





Aku nak bergambar juga.... Walaupun sekadar guna kamera henset... dalam kekalutan datang sini aku terlupa bawa DSLR



Anak sedara kata macam duduk kat Pulau Perhentian 



Nota:   
sepatutnya entri ini aku post beberapa hari lalu tatapi kekangan waktu aku abaikan dahulu


Continue Reading…

Hanya dengan satu update status di Facebook

Sudah dua tiga hari aku tak membuat sebarang cerita kat blog aku ni.... sebenarnya hari ini aku baru masuk kerja setelah dua tiga hari berada di Johor Baharu..

Apa yang aku nak ceritakan disini ialah tentang kebaikan Facebook kalau kita gunakan dengan sebaik mungkin.. Hari tu aku ada update status yang menceritakan aku baru sampai di Kg. Ulu Pulai, Gelang Patah Johor (boleh tengok print screen bawah) aku tidak menceritakan sebab-sebab apa aku kesana.. tetapi pertanyaan dari ruangan komen oleh sepupu dan rakan rakan membuatkan saudara mara yang lain mengetahui sebab-sebab kedatangan aku kesana..

Jadi kelebihannya aku tidak payah membuat panggilan dan makluman kepada sepupu-sepupu dan saudara mara yang lain menceritakan apa yang telah berlaku. Sebagai contohnya sepupu aku yang berada di Kuala Lumpur dan sentiasa berfacebook mengetahui perkara ini dengan serta merta memaklumkan kakanya yang berada di Pasir Gudang Johor, sepupu yang satu lagi berada di Kerteh, Terengganu telah memaklumkan kepada abangnya yang berada di Singapura setelah membaca status di Facebook. Beberapa rakan-rakan sekampung yang berada di Pasir Gudang telah datang setelah mengetahuinya dari status Facebook



Pendekkata hanya dengan satu status aku telah menjimatkan duit untuk beberapa panggilan. Itulah antara kebaikan Facebook kalau digunakan dengan baik,... 



Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates