Jumaat, 9 Ogos 2013

Raya Kedua

Hari kedua raya ............. selepas sembahyang jumaat. Kami sekeluarga (tolak dua orang anak yang tak ingin menyertai) memenuhi permintaan adik ipar ke kenduri arwah mertuanya di kampung Cherang Hangus, Jelawat Bachok. Sebenarnya kampung ini sangat asing bagi aku memandangkan kampung ini bukan berada di jalan utama yang biasa aku lalui.

Sebagaimana yang dijanjikan sebaik tiba dihadapan masjid Naim, Jelawat aku menghubungi adik ipar untuk datang mengambil. Melalui jalan Jelawat - Bekelam, memang asing bagi aku.... 

Masjid Naim Jelawat


Selesai makan aku meminta sedikit petunjuk dari tuan rumah untuk ke kampung Kuchelong........ kerana ingin berkunjung kerumah saudara mara disana...... setelah diberi sedikit petunjuk jalan dan lorong-lorong kampung yang bersimpang siur dan tersilap masuk jalan hampir sesat.......... kata orang malu bertanya sesat jalan........

Setelah dua tiga cabang tersalah masuk akhirnya sampai juga aku ke rumah kaum  kerabat ini. Maklumlah dah lama tidak datang ....... seingat aku, dah lima belas tahun aku tidak datang ke Kuchelong dan banyak berlaku perubahan pada jalan dan banyak pula jalan-jalan baru di dalam kampung ............cukup mengeliru.......

Sebagaimana datang begitu juga dengan pulangnya....... Kali ini aku pulang melalui jalan Pauh Lima kerana ingin ke rumah mak sudara di kampung Permatang Pasir, Gunung........... memang tersalah cabang..... dua tiga kali pusing akhirnya jumpa jalan utama Pauh Lima. dari situ ke rumah mak saudara sudah tidak menjadi masalah lagi..........tapi ada lagi masalah.......... dari situ kerumah mak sedara aku...... kalau musim biasa-biasa lebih kurang 10 minit tapi tadi hampir 45 minit...

Besok ........memenuhi undangan perkahwinan pula.






0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates