Sabtu, 31 Ogos 2013

Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Share it Please
Apalah yang dapat dibuat bila cuti-cuti begini.... tambahan lagi di pagi hari ulang tahun kemerdekaan selain dari menonton perarakan sambutan hari kemerdekaan di tv. Yang paling menarik ialah perbarisan dari anggota keselamatan negara dengan pelbagai aset ketenteraan yang dimiliki.  

Sebagai sebuah negara berdaulat tidak salah kita mempamerkan kehebatan aset ketenteraan yang kita miliki supaya keamanan dan kedaulatan negara kita tidak diperlekehkan. Biar mereka tahu bahawa anggota keselamatan kita mampu mempertahankan negara ini dari ancaman luar.



Lihatlah negara kita yang subur ini yang menjadi idaman perkerja-perkerja dari luar negara seperti Indonesia dan Bangladesh bahkan sekarang menjadi tumpuan warga dari benua Afrika. Berapa juta yang datang secara sah dan berapa ratus ribu atau juta pula yang datang secara haram yang mempertaruhkan nyawa. Semata-mata ingin menikmati kekayaan hasil bumi kita Malaysia.

Lihatlah sahaja di pendalaman, lihat sahaja di ladang-ladang kelapa sawit sekarang, kalau dahulu hanya pendatang dari Indonesia sahaja yang menjadi pekerja disektor ladang. Sekarang ini telah ramai warga Bangladesh yang berkerja disini. Kerana mereka semua ini tahu bahawa negara yang mereka berada sekarang ini adalah sebuah negara yang berdaulat dan merdeka serta kaya dengan hasil bumi

Sesungguhnya kita bertuah kerana lahir dan tinggal di bumi Malaysia ini. Seharusnya keamanan ini harus kita pertahankan untuk selamanya.

Selamat menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan ke 56 buat semua warga Malaysia.....

Merdeka.........

Merdeka.........

Merdeka.........

Tiada ulasan: