Selasa, 13 Ogos 2013

45 minit 3 kilometer

Aku ke HUSM Kubang Kerian lagi.... bagi memenuhi sesi temujanji ujian darah.. bertolak pukul lapan dari kediaman dan sampai hampir pukul sembilan di HUSM. Punyalah susah mencari parking... pusing dua tiga kali akhirnya bertemu dengan pemilik viva yang ingin keluar........... Alhamdulillah kalau tidak ......... memang sah aku pakai khidmat joki yang harganya kalau tak silap aku RM5.00 bagi 3 jam pertama..



Menunggu giliran nombor


Orang punyalah ramai selepas urusan selesai di bilik darah .......... aku terus ke bilik ultrasound di jabatan radiologi...... Selepas sesi soal jawab dengan pak guard yang mukanya iras-iras bangla aku terus ke kaunter pertanyaan...

"Encik kena ambil borang di tingkat satu dahulu....... dan selesaikan bayaran tapi ni encik ada bawa GL tak payah lah bayar.... cuma ambil borang dan resitnya sahaja" 

Fuuuyoooh....... kalu aku dengar kata pak guard tadi tak lah aku kesana kemari....



Menanti nama dipanggil


Selepas nama dipanggil aku terus masuk ke bilik utrasound.............. seram sejuk juga........... minta-mintalah keputusan yang keluar nanti ok...

Aku berbaring sambil mata menatap skrin ......... bukannya aku paham apa yang tertera di skrin sambil petugas itu mengosok diatas perut dengan alat ditangan ....(ntah apa namanya) yang disapu jeli....

"Encik boleh bangun..........dah siap dan boleh balik" hati aku berdebar-debar hendak tahu keputusannya..... "kalau ikutkan keputusan yang dibuat ini, hati encik ok aje.......... tapi kalau nak tepat kena rujuk kepada keputusan ujian darah" Alhamdulillah syukur semuanya ok...

"Terimakasih puan......adalagi tak tisu" diatas perut saya melengas dengan jeli.

Apa-apapun tarikh temujanji untuk KPP pada 19 Ogos nanti barulah aku dapat tahu keputusannya........ kalau ikutkan keputusan terdahulu sememangnya bacaan fungsi hati tu dah semakin menurun.

"Jom balik" mengajak isteri dan anak-anak yang setia menunggu diluar bilik.  Bergerak balik pada jam 12 tengahari pada musim perayaan ini bukan sesuatu yang mudah. Jalan sana sini penuh sesak dengan kenderaan....  ada di satu persimpangan tu, 45 minit baru 3 kilometer.... pergelangan kaki jem. maklumlah kereta aku ni bukan kereta auto..... biasanya kalau 45 minit ni dari HUSM Kubang Kerian aku dah hampir sampai rumah..... 







0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates