Sabtu, 31 Ogos 2013

Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Apalah yang dapat dibuat bila cuti-cuti begini.... tambahan lagi di pagi hari ulang tahun kemerdekaan selain dari menonton perarakan sambutan hari kemerdekaan di tv. Yang paling menarik ialah perbarisan dari anggota keselamatan negara dengan pelbagai aset ketenteraan yang dimiliki.  

Sebagai sebuah negara berdaulat tidak salah kita mempamerkan kehebatan aset ketenteraan yang kita miliki supaya keamanan dan kedaulatan negara kita tidak diperlekehkan. Biar mereka tahu bahawa anggota keselamatan kita mampu mempertahankan negara ini dari ancaman luar.



Lihatlah negara kita yang subur ini yang menjadi idaman perkerja-perkerja dari luar negara seperti Indonesia dan Bangladesh bahkan sekarang menjadi tumpuan warga dari benua Afrika. Berapa juta yang datang secara sah dan berapa ratus ribu atau juta pula yang datang secara haram yang mempertaruhkan nyawa. Semata-mata ingin menikmati kekayaan hasil bumi kita Malaysia.

Lihatlah sahaja di pendalaman, lihat sahaja di ladang-ladang kelapa sawit sekarang, kalau dahulu hanya pendatang dari Indonesia sahaja yang menjadi pekerja disektor ladang. Sekarang ini telah ramai warga Bangladesh yang berkerja disini. Kerana mereka semua ini tahu bahawa negara yang mereka berada sekarang ini adalah sebuah negara yang berdaulat dan merdeka serta kaya dengan hasil bumi

Sesungguhnya kita bertuah kerana lahir dan tinggal di bumi Malaysia ini. Seharusnya keamanan ini harus kita pertahankan untuk selamanya.

Selamat menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan ke 56 buat semua warga Malaysia.....

Merdeka.........

Merdeka.........

Merdeka.........

Continue Reading...

Khamis, 29 Ogos 2013

Lega

Hari ni sebagaimana yang di tulis dalam entri yang lalu .... aku ke pejabat audit untuk menghantar dokumen bagi pengauditan..... tahu tak betapa leganya hati ini...... bila semua yang diminta oleh pegawai telah disediakan... setelah diperiksa pegawai pemeriksa kata ok, semua ada ....... Alhmdullillah leganya aku...... tapi bukan sepenuhnya......... tapi yang penting satu bab telah selesai.... yang lain tu akutunggulah yang mana satu audit nak tegur.


sedang menunggu pegawai

Selepas selesai menyerahkan dokumen pengauditan.... .. bos ajak makan disebuah kedai kecil diantara dua buah bangunan berdekatan dengan hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu... cukup menyelerakan dengan gaya kampung ( tak sempat snap gambar).. selepas makan ronda-ronda bandar, sekejap alang-alang sampai sini



Pintu Gerbang Kampung Cina Kuala Terengganu

Continue Reading...

Rabu, 28 Ogos 2013

Gambar petang rabu - bila burung bersarang rendah

Apakah yang ditakutkan oleh burung di dalam hutan bila ia menjadi lebih berani bersarang rendah dan berhampiran dengan kediaman manusia..... hinggakan anak yang didalam sarangnya boleh disentuh.


Continue Reading...

Isnin, 26 Ogos 2013

Inilah yang buat aku jadi sibuk




Disebabkan surat diatas nilah yang aku tak sempat untuk membuat sebarang post di blog beberapa hari lalu  ........ Alhamdulillah aku dah selesai semak senarai akhir untuk di hantar ke Pejabat Audit Sekolah

Pasal surat ni pun jadi satu cerita .... Surat ni diterima pada 19 haribulan yang lalu tapi tarikh diminta hantar dokumen pada 15 haribulan.... entah apa kesilapan berlaku ... sama ada posmen atau entah apalah.... aku terpaksa meminta penangguhan dari penyemak di pejabat audit.... nasib baiklah permohonan penangguhan aku diterima .... maka 29 haribulan ni aku kenalah hantar dokumen ni
Continue Reading...

Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat

Hari Sabtu lepas berkesempatan ke Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L yang diadakan di Jerteh Souq...... Karnival yang menghimpunkan seluruh warga Kolej Komuniti di Semenanjung Malaysia kalau tidak silap saya..... Anak-anak ambil kesempatan mengunjungi satu demi satu gerai yang ada

Kedatangan saya kesana bukan semata-mata untuk melihat gerai-gerai pameran yang ada tetapi memberi sokongan kepada bekas rakan seperjuangan dalam Musafir Band yang menyertai pertandingan Battle of the band. Tahniah kepada bekas rakan-rakan seperjuangan yang telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.



Continue Reading...

Sabtu, 24 Ogos 2013

Majlis hari raya di sekolah

Assalamualaikum..... Sudah beberapa hari aku tidak update sebarang cerita kerana terlalu sibuk dengan kerja.  Hari ini sekolah tempat saya bertugas mengadakanmajlis sambutan hari raya jadi berkesempatanlah aku pos beberapa keping gambar.


Menu utama/wajib tiap-tiap tahun mesti ada.... nasi dagang, mee kari, lemang dan satay.... Banyak jugalah kuih muih yang disediakan oleh guru-guru dan kuih muih yang dibawa oleh anak-anak pelajar.....Sambutan cara sederhana meriah cara kami....











Continue Reading...

Ahad, 18 Ogos 2013

Pemandu tak senonoh

Sedang asyik memandu untuk ke tempat kerja........ mengekori sebuah kereta........ tiba-tiba datang sebuah kereta dari belakang dan terus memotong kereta saya dan kereta dihadapan saya yang dipandu oleh seorang perempuan ..........

Pemandu kereta  yang memotong tadi tiba-tiba mencampak keluar kulit buah rambutan keluar..... terpelanting ke atas bonet dan kena pada cermin kereta yang dipandu oleh perempuan . Si pemandu perempuan ini yang terkejut terus tekan brek secara mengejut. Aku yang terkejut dengan keadaan yang secara tiba-tiba ini juga tepaksa menekan brek untuk mengelak dari merempuh kereta yang di pandu oleh si perempuan......... hampir-hampir saja terkena kereta si dia ini..... kalau tidak ........tak pasal-pasal keluar duit poket bayar kerosakan kereta orang.

lahabau punya si pemandu lelaki tadi.....  kalau nak makan pun makanlah elok -elok jangan sedap-sedap dia je nak main campak-campak keluar.  Pandang-pandanglah belakang...

Berdosa aku hari ini sepanjang jalan dari tempat kejadian itu hinggalah sampai ke tempat kerja asyik dok menyumpah pada pemandu tadi.. yang entah kemana menghilang.... rasa-rasa aku pemandu perempuan tadi lagi trauma......kalu tak sabar tadi rasa nak kejar dan nak................... #!@#^%$^&***)+_




Bukan aku punya... mr google yang punya gambar ni


Continue Reading...

Sabtu, 17 Ogos 2013

Penat Sungguh

hari ini hari yang cukup memenatkan berbanding hari-hari yang lain.... mana taknya dari pagi berhenti dan sambung semula selepas jumaat sehinggalah ke jam sebelas setengah malam barulah selesai projek ubahsuai kedai (kiosk).



Alhamdullillah segalanya berjalan lancar... sampai dirumah siisteri terus merebahkan badan melelapkan mata..... Kalau ikutkan masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan tapi memandangkan penat yang amat sangat, siisteri kata yang kecil-kecil tu buat esok sajalah... janji yang besar-besar telah selamat ditempatnya......Pagi esok terus boleh beroperasi kedai tu.... sambil mengemas yang lain.



Yang sebenarnya kami berubah arah angin dari menjual pakaian perempuan kami beralih ke perniagaan makan dan minuman.....(wafer, icecream dan seangkatannya).......Mana tahu rezeki kami lebih lagi..... doa...doakanlah






Continue Reading...

Jumaat, 16 Ogos 2013

Raya 6

Rasa-rasa akulah bukan semua negeri menyambut raya enam ini........

Di kampung aku dan juga dikampung persekitaran di daerah aku ini, rata-rata tanah perkuburan akan dikunjungi oleh penduduk setempat




Sambutan hari raya enam akan disambut di tanah perkuburan. Seawal pagi penduduk kampung akan  datang ke kawasan perkuburan......berkumpul bersama saudara mara terdekat... bersama-sama membersihkan tanah perkuburan......... bertahlil dan berdoa 



Continue Reading...

Rabu, 14 Ogos 2013

Gambar pagi Rabu #2


Ada siapa-siapa yang pernah tengok anak tikus ...... hah inilah dia bayi yang baru berusia sehari
Continue Reading...

Selasa, 13 Ogos 2013

45 minit 3 kilometer

Aku ke HUSM Kubang Kerian lagi.... bagi memenuhi sesi temujanji ujian darah.. bertolak pukul lapan dari kediaman dan sampai hampir pukul sembilan di HUSM. Punyalah susah mencari parking... pusing dua tiga kali akhirnya bertemu dengan pemilik viva yang ingin keluar........... Alhamdulillah kalau tidak ......... memang sah aku pakai khidmat joki yang harganya kalau tak silap aku RM5.00 bagi 3 jam pertama..



Menunggu giliran nombor


Orang punyalah ramai selepas urusan selesai di bilik darah .......... aku terus ke bilik ultrasound di jabatan radiologi...... Selepas sesi soal jawab dengan pak guard yang mukanya iras-iras bangla aku terus ke kaunter pertanyaan...

"Encik kena ambil borang di tingkat satu dahulu....... dan selesaikan bayaran tapi ni encik ada bawa GL tak payah lah bayar.... cuma ambil borang dan resitnya sahaja" 

Fuuuyoooh....... kalu aku dengar kata pak guard tadi tak lah aku kesana kemari....



Menanti nama dipanggil


Selepas nama dipanggil aku terus masuk ke bilik utrasound.............. seram sejuk juga........... minta-mintalah keputusan yang keluar nanti ok...

Aku berbaring sambil mata menatap skrin ......... bukannya aku paham apa yang tertera di skrin sambil petugas itu mengosok diatas perut dengan alat ditangan ....(ntah apa namanya) yang disapu jeli....

"Encik boleh bangun..........dah siap dan boleh balik" hati aku berdebar-debar hendak tahu keputusannya..... "kalau ikutkan keputusan yang dibuat ini, hati encik ok aje.......... tapi kalau nak tepat kena rujuk kepada keputusan ujian darah" Alhamdulillah syukur semuanya ok...

"Terimakasih puan......adalagi tak tisu" diatas perut saya melengas dengan jeli.

Apa-apapun tarikh temujanji untuk KPP pada 19 Ogos nanti barulah aku dapat tahu keputusannya........ kalau ikutkan keputusan terdahulu sememangnya bacaan fungsi hati tu dah semakin menurun.

"Jom balik" mengajak isteri dan anak-anak yang setia menunggu diluar bilik.  Bergerak balik pada jam 12 tengahari pada musim perayaan ini bukan sesuatu yang mudah. Jalan sana sini penuh sesak dengan kenderaan....  ada di satu persimpangan tu, 45 minit baru 3 kilometer.... pergelangan kaki jem. maklumlah kereta aku ni bukan kereta auto..... biasanya kalau 45 minit ni dari HUSM Kubang Kerian aku dah hampir sampai rumah..... 







Continue Reading...

Inilah hasilnya

Ari tu aku ada post cerita pasal hobi aku .. jadi inilah hasilnya yang aku dapat.... memang tak rugi kalau kita rajin berbudi pada tanah... aku hanya buat aktiviti ini pada sebelah petang bila balik dari berkerja dan hari minggu sahaja.........




Sambil-sambil keluar peluh aku dapat jimat duit.... bukan untuk dijual hanya untuk kegunaan sendiri sahaja  

Continue Reading...

Ahad, 11 Ogos 2013

Cuba bagi nama dia


Ada siapa-siapa yang kenal kumbang apa tu, tolong bagi tahu nama dia .... dapat bagi nama saintifik dia lagi bagus..........tiada hadiah yang dijanjikan.....



Continue Reading...

Rumah terbuka

Hari raya kedua ........... anak-anak ajak ke rumah terbuka YB Adun Hulu Besut, Tuan Haji Nawi b. Mohamad. Tak ingin menghampakan harapan anak-anak......... yang sebenarnya inginkan duit raya dari Yang Berhormat wakil rakyat kawasan kami......... dapatlah dia orang RM5.00 sorang dari YB.

Sampai saja kami disambut oleh YB berserta anak-anak...... YB ni memang tiada isteri. Orang semakin ramai memenuhi Dewan Terbuka di Pejabat Penyelaras DUN Hulu Besut.



Pilih-pilih gerai mana yang berkenan





Gerai yang menyediakan nasi


Gerai aiskrim paling menjadi tumpuan





Cik akak yang membantu kelancaran majlis rumah terbuka ........sempat posing... terimakasih Kak Moh (Baju Hijau) and the geng

Continue Reading...

Jumaat, 9 Ogos 2013

Raya Kedua

Hari kedua raya ............. selepas sembahyang jumaat. Kami sekeluarga (tolak dua orang anak yang tak ingin menyertai) memenuhi permintaan adik ipar ke kenduri arwah mertuanya di kampung Cherang Hangus, Jelawat Bachok. Sebenarnya kampung ini sangat asing bagi aku memandangkan kampung ini bukan berada di jalan utama yang biasa aku lalui.

Sebagaimana yang dijanjikan sebaik tiba dihadapan masjid Naim, Jelawat aku menghubungi adik ipar untuk datang mengambil. Melalui jalan Jelawat - Bekelam, memang asing bagi aku.... 

Masjid Naim Jelawat


Selesai makan aku meminta sedikit petunjuk dari tuan rumah untuk ke kampung Kuchelong........ kerana ingin berkunjung kerumah saudara mara disana...... setelah diberi sedikit petunjuk jalan dan lorong-lorong kampung yang bersimpang siur dan tersilap masuk jalan hampir sesat.......... kata orang malu bertanya sesat jalan........

Setelah dua tiga cabang tersalah masuk akhirnya sampai juga aku ke rumah kaum  kerabat ini. Maklumlah dah lama tidak datang ....... seingat aku, dah lima belas tahun aku tidak datang ke Kuchelong dan banyak berlaku perubahan pada jalan dan banyak pula jalan-jalan baru di dalam kampung ............cukup mengeliru.......

Sebagaimana datang begitu juga dengan pulangnya....... Kali ini aku pulang melalui jalan Pauh Lima kerana ingin ke rumah mak sudara di kampung Permatang Pasir, Gunung........... memang tersalah cabang..... dua tiga kali pusing akhirnya jumpa jalan utama Pauh Lima. dari situ ke rumah mak saudara sudah tidak menjadi masalah lagi..........tapi ada lagi masalah.......... dari situ kerumah mak sedara aku...... kalau musim biasa-biasa lebih kurang 10 minit tapi tadi hampir 45 minit...

Besok ........memenuhi undangan perkahwinan pula.






Continue Reading...

Rabu, 7 Ogos 2013

Aidil fitri 1434


Continue Reading...

dah jadi lain

Esok raya..... esok hari raya
mood berkerja dah tiada
kata kawan tak apa
jangan tiada mood datang kerja



Salam Aidil Fitri ................

Salam kemaafan.................
Continue Reading...

Selasa, 6 Ogos 2013

Perutusan Aidilfitri

Salam Aidil Fitri........

cheee .. waaaah ........ tengok tajuk atas  tu memang hebat....Maaflah bukan macam tu. aku ni bukannya pak-pak menteri, pemimpin atau ketua kampung. Aku ini hanya admin bagi blog ini. Blog yang tidak sohor..... tak kisahlah itu pun.

Sebenarnya dihari baik bulan baik ini aku ingin memohon ampun dan maaf kepada kaum keluarga, kawan-kawan yang mana mengenali diri ini dialam maya atau pun di alam nyata. Bagi mereka yang berada dalam bloglist ........ saya mohon ampun dan maaf kerana menjadi silent raider.... silent reader di blog saudara saudari. Boleh dikatakan setiap hari saya akan berkunjung ke blog saudara saudari ..........

Bagi saya para blogger merupakan penyumbang kepada sejarah penulisan negara............. Satu hari nanti hasil penulisan kita semua di blog akan menjadi rujukan (walaupun ianya merupakan blog peribadi)........... gambar-gambar tempat atau kawasan yang kita muat naik akan menjadi tatapan.

Bagi blogger yang akan bertolak pulang ke kampung masing-masing atau ke kampung mertua..... berhati-hatilah dijalanraya........... jadilah pemandu berhemah. dan bagi blogger yang berasal dari Besut.... "meh..... mari rumoh aku" ..... contact akulah nak mari gak

Akhir kata Selamat menyambut Hari Raya aidil Fitri..... maaf zahir dan batin.....
Continue Reading...

Isnin, 5 Ogos 2013

Bila Isteri belanja baju raya

Beria-ria siisteri nak belanja baju raya t'shirt...... orang dah nak belanja terima aje,.. selamatlah  duit dalam poket

Bab memilih pakaian ni.... memang cukup cerewet... . pernah terjadi waktu pergi Kota Bharu ..... Seluas-luas KB Mall tu, aku tak jumpa yang berkenan di hati.

Semalam selepas pusing-pusing dua tiga tempat dan akhirnya ke Pantai Timur Jerteh, aku rembat dua helai t'shirt...... walaupun kurang berkenan dengan dia punya design yang separuh penuh macam remaja punya stail...... ndak tak ndak rembat juga..... isteri punya pasal nak belanja..... kalu tak ambil nantikan terasa hati.

Tentang baju melayu pula.... dah dua tahun isteri yang belikan dan isteri tentu tema bagi keluarga kami ........ tahun ni tema BIRU (awal-awal puasa lagi dah beli)........... saya terima aje apa yang dipilih dan dia sendiri pun tahu pesen fesyen mana yang saya minat........

nak kata beraya sakan taklah beraya sakan tahun ni berbanding dengan tahun-tahun lepas. Kata isteri raya kedua baru buat sedikit jamuan..... sebabnya tak sempat..... malam raya tu pun kami masih buka kedai lagi... ..



sekadar hiasan.... mr. google punya

Continue Reading...

Ahad, 4 Ogos 2013

Jem dan nasihat orang tua

Alahai ..... apalah punya jem, ingatkan jalan aje boleh jem bila tiba time raya macam ni... aku punya coverage maxis pun ikut jem. Kalau kat rumah memang tiada liputan rangkaian langsung... internet punya rangkaian pun sama.... kat tempat kerja sebelum ni laju aje, tiba-tiba jadi ciput.. lebih lambat dari siput sedut.... dah seminggu ku nikmati masalah ciput ini.....

Jem..... jem..

Jalan di Jerteh pun dah jadi macam bandar-bandar besar yang lain......... dah jadi macam KL..... JEM...... agaknya dah ramai perantau-perantau yang telah kembali dari rantauan untuk menyambut raya ni... menambahkan jem jalan dan barangkali juga jem telekomunikasi.

Apa-apa pun selamat pulang wahai perantau dan bagi yang sedang berkira-kira untuk bertolak pulang ke kampung halaman. Berhati-hatilah semasa memandu.... ingatlah keluarga yang tersayang... 

Versi purba bila bak bapak menasihati anak-anaknya yang akan mengembara.

"Baik-baik berjalan nak"...... Mak bapak masa ni risau pasal banyak binatang besar macam gajah, rimau dan seangkatan dengannya.... maklumlah jalan masa ni hanyalah lorong kecil dan kiri kanannya hutan besar.

Versi zaman sekarang bila mak bapak berpesan pada anak-anak yang berjalan jauh..........

"Bawak kereta tu elok-elok.....hati-hati bila memandu..... janganlah laju sangat bawak kereta tu" dan macam-macam nasihat lagi lah... maklumlah jalan sekarang ni dah besar dah banyak lorong dan ada macam-macam kenderaan besar..... lori, bas, van ... hah... kancil pun ada.

Continue Reading...

Sabtu, 3 Ogos 2013

Berbuka bersama

Kalau hari Khamis saya berbuka puasa di rumah mertua di Setiu, semalam, Jumaat saya berbuka puasa dirumah mak ... bukannya jauh sangat rumah mak dengan rumah saya .... nun depan rumah aje.... kebetulannya Kaka saya yang menetap di Pasir Puteh Keantan datang berbuka bersama keluarga...

Kami sebenarnya lima beradik....  yang sulong menetap di Pasir Puteh.....kakak yang kedua menetap di Nusa Jaya Johor (dijangka sampai pada hari selasa ini), saya yang ketiga dan dua adik lelaki yang belum berkahwin... Bila dah berkumpul macam nilah.... meriah cara kami.. .




Budu menu utama kalau tidak ada budu memang kurang berselera

 



Continue Reading...

Khamis, 1 Ogos 2013

Kad Raya Pertama

Ingatkan dah tak ada kad yang akan diterima tahun ni... rupa-rupanya masih ada juga yang teringatkan kat aku ni..... dari sampulnya sahaja sudah tahu yang kad ni bukan dari sobat handai tapi dari member-member politik..... almaklumlah tahun  ni kan tahun pemilihan .... kalau tidak hampeh..

Macam biasa posmen akan tinggalkan surat surat ni di rumah mak aku kerana rumah aku berada dibelakang. Tapi hari ni si mail ni betul-betul berkenan dengan kad raya ini... mula-mula elok-elok je dia main lepas tu ...........habis dicincangnya




Continue Reading...

Bertugas di tempat baru

"Bertugas disini pula?' tanya seorang kawan bila melihat saya sedang tekun mengadap buku tunai

"Taklah,... bos awak minta dari bos saya supaya saya datang kesini sekejap"

Kawan sorang ni heran bila melihat saya sedang tekun dengan buku akaun-akaun sekolah dia..
Sebenarnya saya diminta supaya datang ke sekolah ini bagi menyelesaikan urusan akaun dan memberi tunjuk ajar sedikit sebanyak memandangkan sekolah ini tidak mempunyai pembantu tadbir.  Lagi pun guru besar disekolah ini merupakan bekas bos saya dulu dan merupakan sahabat lama. Hendak tak hendak atas dasar itu saya penuhi permintaan beliau.

Kadang kala seronok juga bila kita dapat lari dari ruang kebiasaaan kerja kita. Terasa ruang baru memberi kesegaran... Sebagaimana hari ini saya dapat menyelesaikan masalah akaun disekolah ini dengan cepat... 

Alhamdullillah atas kerjasama yang diberikan oleh Guru Besar dan Penolong-penolong kanan sekolah berkenaan.
Continue Reading...