Isnin, 8 Julai 2013

Menjelma semula kenangan yang lama

Pagi tadi saya terserempak dengan sahabat lama dihadapan bank islam di bandar Jerteh. Hampir setahun setengah tidak berjumpa.... Walaupun antara kami tidak lah jauh sangat tingal tetapi kekangan masa dan kesibukan diri masing-masing telah membataskan waktu untuk kami berjumpa. 

kami hanya berbual sebentar sahaja kerana saya perlucepat ke tempat kerja dan dia pula perlu segera ke sekolah lagipun ada anak dan isteri dia yang menunggu di dalam kereta.

Dalam perbualan yang sekejap itu dia memaklumkan bahawa semalam dia telah berjumpa dengan anak saya dikawasan asrama sekolah anak saya dan bercerita kepada anak saya betapa akrabnya dia dengan saya satu waktu dahulu... sama-sama meredah hutan dan belantara, memanjat bukit dan gunung.Bila dia menyebut tentang hutan dan gunung ganang terimbau sekejap segala tentang ekspedisi yang sama-sama kami lalui bersama. 

Terlanjur berbual tentang ekspedisi ini saya meminta gambar untuk discan dan pita video untuk disalin semula.. kerana semua yang didalam simpanan saya telah rosak akibat banjir. Sememangnya waktu itu aku diamanahkan untuk merakamkan segala aktiviti kami samada dalam bentuk gambar dan video..... salinannya telah saya berikan kepadanya..... Jawabannya... dia juga tidak memiliki sepenuhnya gambar-gambar program berkenaan dan salinan video pun telah rosak.

Antara ekspedisi yang pernah kami berdua laksanakan ialah Ekspedisi mendaki Gunung Tebu  Tahun 2000 (2 kali), Ekspedisi Mendaki Gunung Tahan Tahun 2000, Ekspedisi Jejak Mat Kilau (Laluan Pasir Raja - Kampung Bantal - Kuala Tahan) Tahun 2003, Ekspedisi Jejak Mat Kilau 2006 (Laluan Sungai Terenggan, Tasik Kenyir - Kampung Gusai, Hulu Tembeling - Kuala Tahan.

Seperti mana katanya kepada saya pagi tadi "Kita sudah tidak mampu melakukan semula" sesungguhnya itu memang tepat kerana memandangkan kami semua sudah berusia 40an dan keatas...... Dan hanya gambar yang menjadi kenangan kami sebagai bukti kepada anak cucu bahawa kami pernah sampai ke tempat ini.



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates