Khamis, 4 Julai 2013

Jalan-jalan

Beberapa hari yang lepas aku memenuhi kehendak isteri untuk ke Kota Bharu.... katanya hendak cari sehelai dua pakaian raya untuk anak-anak... memandangkan ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi.. Sebenarnya aku jadi semakin kekok dengan jalanraya disini berbanding dengan Kuala Terengganu .... memandangkan aku banyak pergi ke sana berbanding dengan Kota Bharu

Selepas meronda-ronda dalam bandar Kota Bharu termasuklah tempat wajib pergi setiap kali tiba disini.. Pasar Besar Siti Khadijah..  Dalam perjalanan pulang isteri mengajak kami singgah di Bazar Tok Guru.... Tujuannya hanya satu untuk melihat jubah-jubah perempuan dan baju melayu untuk anak-anak.



Bazar Tok Guru


Sudah menjadi kebiasaan kami untuk singgah di sebuah gerai ditepi jalan di kampung Tok Khamis (berhampiran dengan Kampung Wakaf Lichong, antara Jerteh dan Pasir Puteh) untuk membeli akok, bahulu ataupun penganang atau nganang. Bercakap  tentang rasa sedap atau tidak sedap akok bahulu atau nganang kat sini....kata isteri "lain orang lain citarasanya"



Gerai Akok di Kg. Tok Khamis

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates