Sabtu, 4 Mei 2013

Limau Kasturi

Agak lama ambo menyepikan diri dari menulis diblog ini. Kesempatan cuti hari pekerja dan juga cuti hujung minggu berserta dengan cuti PRU13 ini maka adalah peluang sedikit untuk ambo menjengah ke blog ini. Penyebab kepada kemalasan melanda ialah line celcom yang terlalu ciput.

Ambo bukannya apa hanya hendak berkongsikan sedikit info yang ambo dapat  berkaitan dengan limau kasturi ni. Bukannya apa kebetulan emak ambo ada bersungut supaya pokok limau yang berhampiran dengan rumah  ditebang.  Jadi benda nilah yang terlintas dikepala ini untuk dikongsi

Khasiatnya :
Buah pokok limau kasturi ini amat mujarab untuk merawat penyakit buang air besar. Perahan jusnya dipercayai amat baik untuk melawaskan perut dan juga meredakan penyakit demam panas.Selain dari itu limau kasturi juga berkhasiat diminum sebagai minuman sampingan kerana dipercayai  mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. 

Dan satu lagi khasiatnya ialah ia boleh meredakan tekanan darah tinggi ..... caranya dimakan putik buah limau kasturi ini (buah yang kecil dan muda) bersekali dengan kulitnya ..... makanlah dua tiga biji Insya Allah berkesan...



Sumber gambar : cilipendang.blogspot.com

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates