Isnin, 20 Mei 2013

Cerita ambo.. konvoi dan ekspedisi

Share it Please
Sementara menunggu untuk berjumpa dengan rakan-rakan sejawatan di unit akaun PPD tadi saya terpandang ke skrin TV melihat Ally Iskandar si pengacara TV3 sedang menemuramah seorang wanita yang sedang berdiri bersama dengan motornya di dalam studio. Ambo tertarik kerana motor yang digunakan oleh wanita itu jenis yang sama ambo gunakan untuk berulang alik ke tempat kerja.

Siapa dia,..... dia ialah Anita Yusof............. jom kita ke blog dia http://anitayusof00.blogspot.com untuk mengetahui apa aktiviti yang beliau lakukan dan berkenalan dengannya.



Kadang-kadang tu, terasa juga ingin melakukan aktiviti yang sama sebagaimana yang dia lakukan... pernah rakan rakan kelab Motor FZ yang jemput untuk bersama sama konvoi.mengelilingi Malaysia tetapi beberapa kali ambo menolaknya kerana disebabkan kekangan masa dan komitmen pada keluarga. Lagi pun terasa diri ini sudah tua berbanding dengan rakan-rakan kelab yang lain.

Kalau dulu aktiviti macam inilah yang menjadi minat ambo. Konvoi dan ekspedisi jelajah hutan.... ekspedisi terakhir yang ambo uruskan ialah pada tahun 2007 iaitu Ekspedisi Jelajah Taman Negara bermula dari Sungai Terenggan di Tasik Kenyir dan berakhir di Taman Negara Kuala Tahan. Perjalanan yang jauh yang melibatkan tujuh malam di dalam hutan dengan pelbagai cabaran. 

Kadang-kadang terasa rindu pada hutan ... dan pada keluarga angkat yang berada di Kg. Gusai di Hulu Tembeling..


Tiada ulasan: