Ahad, 12 Mei 2013

Aktiviti sebelah petang dan hari minggu

Inilah aktiviti ambo bila sampai waktu petang atau di hari minggu , bagi hari berkerja selepas solat asar dan selesai mengambil isteri di kedai kami di bandar jerteh terus ke belakang rumah untuk mencangkul tanah . Sebenarnya ambo buat kerja menyangkul ini tidak lebih sebagai senaman untuk mengeluarkan peluh sambil berbudi pada tanah……. ruang yang sedikit belakang rumah inilah tempat ambo menyemai bakti.



Hajat dihati kawasan ini ingin ditanam dengan sayuran sawi. Lagipun jangkamasa sawi ini cukup singkat cuma  penjagaannya rumit sedikit berbandingan dengan tanaman sayuran lain….. ini berdasarkan pengalaman ambo yang lalu. Ulat dan belalang.. musuh utama


Pokok kecil sebatang ini terpaksa ambo biarkan berdiri kerana sudah ada yang menghuninya



Anak-anak perempuan ambo suka datang sini… tiap-tiap hari mengintai sarang burung ini. Kesian burung ini kerana kawasan berhampiran sudah terang. Di dalamnya ada telur empat biji….

Engkau duduklah disitu dengan selesa bukan niat aku untuk menganggu tetapi engku bersarang ditempat aku berbuat kerja.

Itulah ucapan yang ambo lafazkan walaupun ambo tau burung itu tidak memahaminya. 



“Abah,… abah kenapa bakar sarang telur ni” Anak perempuan sorang ni memang suka bertanya. Soalan merupakan sesuatu yang positif bagi anak-anak yang sedang berkembang. Anak perempuan ni sorang suka mengikut kemana sahaja ambo pergi….

Lain bagi anak -anak yang sudah besar tu … masing masing sudah ada aktiviti sendiri.. kebiasaan pada petang-petang begini mereka meriah dengan bolasepak

“Abah nak halau nyamuk,… kalau tidak tidak selesa kita duduk sini” 



“Malam ni kita makan pucuk miding dan kulat ni” kata isteri sambil meletak baldi diatas tunggul pauh.

“banyaklah lauk awak anak beranak malam ni” Isteri sememangnya tau ambo tidak makan kulat dan rebung sejak dari mula-mula kahwin lagi. PANTANG.

Pucuk miding sememangnya menjadi kegemaran disayur lemak bersama dengan ubi keledek


Sedang asyik menyangkul tanah .. tiba-tiba anak perempuan ambo yang sorang  menjerit

“Abah.. abah ni serangga apa”

hah dah tak tau apa nak jawab, nak cakap bahasa standard atau kampong ni .. kalau bahasa standard ambo tak tau tapi kalau panggilan kampung ambo taulah ni serangga apa.

“Nilah ibu tenge” betul ke tidak tapi inilah yang ambo tahu sejak dari kecil. Serangga ni tergolong dalam keluarga serangga penyengat



Nikon D200- lens 18-55mm

“Abah… cepat… cepat. Binatang apa ni” Sambil tangan anak yang ketiga menunjuk ke arah sebatang pokok durian.

“Yang ni orang panggil kubung…. Kubung Man” 

“Kubung?..... Betul ke kubung hisap darah orang”

“Mana ada.. Kubung ni jenis yang makan buah,.. hisap madu dan kadang-kadang makan binatnag kecil dan serangga dan binatang ni jenis yang tidur siang dan berjaga malam” memberi penjelasan sedikit pada anak-anak



Gambar yang diambil dari sudut yang paling hampir dengan menggunakan Nikon D70 dan lens 70-300mm




Anak-anak dengan pelbagai ragam dan kerenah



Tidak kira tempat janji dapat makan… kadang-kadang makan di kebun atau di tepi sungai cukup menyelerakan walaupun hanya berlaukkan ikan kering goreng atau selayang rebus dan budu berulam pucuk-pucuk kayu







0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates