Isnin, 20 Mei 2013

Cerita ambo.. konvoi dan ekspedisi

Sementara menunggu untuk berjumpa dengan rakan-rakan sejawatan di unit akaun PPD tadi saya terpandang ke skrin TV melihat Ally Iskandar si pengacara TV3 sedang menemuramah seorang wanita yang sedang berdiri bersama dengan motornya di dalam studio. Ambo tertarik kerana motor yang digunakan oleh wanita itu jenis yang sama ambo gunakan untuk berulang alik ke tempat kerja.

Siapa dia,..... dia ialah Anita Yusof............. jom kita ke blog dia http://anitayusof00.blogspot.com untuk mengetahui apa aktiviti yang beliau lakukan dan berkenalan dengannya.



Kadang-kadang tu, terasa juga ingin melakukan aktiviti yang sama sebagaimana yang dia lakukan... pernah rakan rakan kelab Motor FZ yang jemput untuk bersama sama konvoi.mengelilingi Malaysia tetapi beberapa kali ambo menolaknya kerana disebabkan kekangan masa dan komitmen pada keluarga. Lagi pun terasa diri ini sudah tua berbanding dengan rakan-rakan kelab yang lain.

Kalau dulu aktiviti macam inilah yang menjadi minat ambo. Konvoi dan ekspedisi jelajah hutan.... ekspedisi terakhir yang ambo uruskan ialah pada tahun 2007 iaitu Ekspedisi Jelajah Taman Negara bermula dari Sungai Terenggan di Tasik Kenyir dan berakhir di Taman Negara Kuala Tahan. Perjalanan yang jauh yang melibatkan tujuh malam di dalam hutan dengan pelbagai cabaran. 

Kadang-kadang terasa rindu pada hutan ... dan pada keluarga angkat yang berada di Kg. Gusai di Hulu Tembeling..


Continue Reading...

Ahad, 12 Mei 2013

Aktiviti sebelah petang dan hari minggu

Inilah aktiviti ambo bila sampai waktu petang atau di hari minggu , bagi hari berkerja selepas solat asar dan selesai mengambil isteri di kedai kami di bandar jerteh terus ke belakang rumah untuk mencangkul tanah . Sebenarnya ambo buat kerja menyangkul ini tidak lebih sebagai senaman untuk mengeluarkan peluh sambil berbudi pada tanah……. ruang yang sedikit belakang rumah inilah tempat ambo menyemai bakti.



Hajat dihati kawasan ini ingin ditanam dengan sayuran sawi. Lagipun jangkamasa sawi ini cukup singkat cuma  penjagaannya rumit sedikit berbandingan dengan tanaman sayuran lain….. ini berdasarkan pengalaman ambo yang lalu. Ulat dan belalang.. musuh utama


Pokok kecil sebatang ini terpaksa ambo biarkan berdiri kerana sudah ada yang menghuninya



Anak-anak perempuan ambo suka datang sini… tiap-tiap hari mengintai sarang burung ini. Kesian burung ini kerana kawasan berhampiran sudah terang. Di dalamnya ada telur empat biji….

Engkau duduklah disitu dengan selesa bukan niat aku untuk menganggu tetapi engku bersarang ditempat aku berbuat kerja.

Itulah ucapan yang ambo lafazkan walaupun ambo tau burung itu tidak memahaminya. 



“Abah,… abah kenapa bakar sarang telur ni” Anak perempuan sorang ni memang suka bertanya. Soalan merupakan sesuatu yang positif bagi anak-anak yang sedang berkembang. Anak perempuan ni sorang suka mengikut kemana sahaja ambo pergi….

Lain bagi anak -anak yang sudah besar tu … masing masing sudah ada aktiviti sendiri.. kebiasaan pada petang-petang begini mereka meriah dengan bolasepak

“Abah nak halau nyamuk,… kalau tidak tidak selesa kita duduk sini” 



“Malam ni kita makan pucuk miding dan kulat ni” kata isteri sambil meletak baldi diatas tunggul pauh.

“banyaklah lauk awak anak beranak malam ni” Isteri sememangnya tau ambo tidak makan kulat dan rebung sejak dari mula-mula kahwin lagi. PANTANG.

Pucuk miding sememangnya menjadi kegemaran disayur lemak bersama dengan ubi keledek


Sedang asyik menyangkul tanah .. tiba-tiba anak perempuan ambo yang sorang  menjerit

“Abah.. abah ni serangga apa”

hah dah tak tau apa nak jawab, nak cakap bahasa standard atau kampong ni .. kalau bahasa standard ambo tak tau tapi kalau panggilan kampung ambo taulah ni serangga apa.

“Nilah ibu tenge” betul ke tidak tapi inilah yang ambo tahu sejak dari kecil. Serangga ni tergolong dalam keluarga serangga penyengat



Nikon D200- lens 18-55mm

“Abah… cepat… cepat. Binatang apa ni” Sambil tangan anak yang ketiga menunjuk ke arah sebatang pokok durian.

“Yang ni orang panggil kubung…. Kubung Man” 

“Kubung?..... Betul ke kubung hisap darah orang”

“Mana ada.. Kubung ni jenis yang makan buah,.. hisap madu dan kadang-kadang makan binatnag kecil dan serangga dan binatang ni jenis yang tidur siang dan berjaga malam” memberi penjelasan sedikit pada anak-anak



Gambar yang diambil dari sudut yang paling hampir dengan menggunakan Nikon D70 dan lens 70-300mm




Anak-anak dengan pelbagai ragam dan kerenah



Tidak kira tempat janji dapat makan… kadang-kadang makan di kebun atau di tepi sungai cukup menyelerakan walaupun hanya berlaukkan ikan kering goreng atau selayang rebus dan budu berulam pucuk-pucuk kayu







Continue Reading...

Rabu, 8 Mei 2013

No Blackout

Pagi ni datang kerja macam biasa.... sampai kat pejabat terus on kan lampu... masuk bilik .. onkan juga lampu dan suis komputer.....

Lampu tidak berfungsi, hanya komputer yang menjadi... ingatkan ada mana-mana suis dimainboard yang tertutup semasa kilat... 

Ini bukan blackout.......... bila tanya tukang kebun sekolah katanya masalah ini berlaku di pencawang TNB luar FELDA lagi....... 

Jadi masalahnya bukan berlaku pada sekolah sahaja malah pada seluruh warga FELDA sini... bak kata kawan ambo ni "Api tak cukup"..........



Inilah meja kerja ambo...... ari ni nampaknya ambo terpaksa kerja tempat lain ... terpaksa cari ruang yang lebih cerah.. terpaksa keluar dari ruang kerja ambo ni.

Continue Reading...

Ahad, 5 Mei 2013

Anda Tentukan

SELAMAT MENGUNDI
PRU 13

Gunakan hak anda dengan bijak..
Continue Reading...

Sabtu, 4 Mei 2013

Limau Kasturi

Agak lama ambo menyepikan diri dari menulis diblog ini. Kesempatan cuti hari pekerja dan juga cuti hujung minggu berserta dengan cuti PRU13 ini maka adalah peluang sedikit untuk ambo menjengah ke blog ini. Penyebab kepada kemalasan melanda ialah line celcom yang terlalu ciput.

Ambo bukannya apa hanya hendak berkongsikan sedikit info yang ambo dapat  berkaitan dengan limau kasturi ni. Bukannya apa kebetulan emak ambo ada bersungut supaya pokok limau yang berhampiran dengan rumah  ditebang.  Jadi benda nilah yang terlintas dikepala ini untuk dikongsi

Khasiatnya :
Buah pokok limau kasturi ini amat mujarab untuk merawat penyakit buang air besar. Perahan jusnya dipercayai amat baik untuk melawaskan perut dan juga meredakan penyakit demam panas.Selain dari itu limau kasturi juga berkhasiat diminum sebagai minuman sampingan kerana dipercayai  mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. 

Dan satu lagi khasiatnya ialah ia boleh meredakan tekanan darah tinggi ..... caranya dimakan putik buah limau kasturi ini (buah yang kecil dan muda) bersekali dengan kulitnya ..... makanlah dua tiga biji Insya Allah berkesan...



Sumber gambar : cilipendang.blogspot.com
Continue Reading...