Selasa, 16 April 2013

Pajeri Rebung ulam jeneris

Share it Please
Petang tadi tercari-cari kemana isteri menghilang selepas balik dari kedai... puas bertanya anak-anak .........mereka semua tidak mengetahui kemana menghilangnya ibu mereka...

Sejam selepas itu kelibat isteri menjelma... apa itu ditangan kanan dan kiri....ooopss.. rupa-rupanya ini dia ditangan kirinya dua batang rebung dan ditangan kanannya  seberkas pucuk jenerih untuk dibuat ulam..cicah budu


Resepi Pajeri Rebung
500 g rebung (rebung mentah)
100 g kelapa parut untuk dibuat kerisik
setengah cawan susu rendah lemak
30 g rempah kari daging
5 g bunga lawang
5 g bunga cengkih
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 cm halia (ditumbuk halus)
3 sudu makan gula (ditumbuk halus)
2 sudu makan minyak sayuran
2 sudu makan asam jawa dibancuh bersama setengah cawan air untuk mendapatkan jusnya
1 sudu teh garam

Cara penyediaan kerisik
Goreng kelapa parut tanpa menggunakan minyak hingga kekuningan. Kemudian tumbuk/kisar sehingga lumat. Ini akan menghasilkanlebih 50 g kerisik.

Cara Penyediaan pajeri
1.   Panaskan minyak di dalam kualai dan tumis bahan-bahan yang telah 
      ditumbuk tadi sehingga naik baunya.
2.   masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
3.   Masukkan pula rempah kari dan kacau sehingga sebati. Setelah rempah 
      kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika.
4.   Selepas itu masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
5.   Apabila telah mendidih, masukkan susu, kerisik, gula, garam kemudian 
       kacau sehingga sebati.
6.   Masak pajeri pada api perlahan dan biarkan seketika sehingga pajeri pekat
7.   Angkat setelah masak dan hidangkan.

Menu hidangan ini untuk dimakan lima orang....... kalau mahu lebih kena 
tambah lebih lagi.....  segala resipi ni bukan ambo yang buat tetapi isteri ambo.





Tiada ulasan: