Khamis, 25 April 2013

Rabu, 17 April 2013

Minggu sibuk

Minggu ini ambo banyak berulang alik dari sekolah ke Pejabat Pelajaran Daerah. Jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang 20km - dari sekolah ke Pejabat Pelajaran Daerah 30 km melintas rumah kediaman terlebih dahulu.

Pada hari pertama bagi menghantar Kew 8  pergerakan Gaji tahun 2013 - pergerakan gaji tahunan bagi guru an kakitangan yang mana tarikh pergerakan gaji bulan Januari dan April. Hari kedua menghantar semula kew. 8 yang telah diperbetulkan. Hari ketiga menghantar perkiraan tunggakan gaji bermula 1 januari ke unit kewangan Pejabat Pelajaran Daerah.

Alhamdullillah semuanya berjalan lancar dan tiada yang sangkut........ InsyaAllah bila semua selesai.. ambo terasa hendak ambil cuti sehari dua....
Continue Reading…

Selasa, 16 April 2013

Pajeri Rebung ulam jeneris

Petang tadi tercari-cari kemana isteri menghilang selepas balik dari kedai... puas bertanya anak-anak .........mereka semua tidak mengetahui kemana menghilangnya ibu mereka...

Sejam selepas itu kelibat isteri menjelma... apa itu ditangan kanan dan kiri....ooopss.. rupa-rupanya ini dia ditangan kirinya dua batang rebung dan ditangan kanannya  seberkas pucuk jenerih untuk dibuat ulam..cicah budu


Resepi Pajeri Rebung
500 g rebung (rebung mentah)
100 g kelapa parut untuk dibuat kerisik
setengah cawan susu rendah lemak
30 g rempah kari daging
5 g bunga lawang
5 g bunga cengkih
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 cm halia (ditumbuk halus)
3 sudu makan gula (ditumbuk halus)
2 sudu makan minyak sayuran
2 sudu makan asam jawa dibancuh bersama setengah cawan air untuk mendapatkan jusnya
1 sudu teh garam

Cara penyediaan kerisik
Goreng kelapa parut tanpa menggunakan minyak hingga kekuningan. Kemudian tumbuk/kisar sehingga lumat. Ini akan menghasilkanlebih 50 g kerisik.

Cara Penyediaan pajeri
1.   Panaskan minyak di dalam kualai dan tumis bahan-bahan yang telah 
      ditumbuk tadi sehingga naik baunya.
2.   masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
3.   Masukkan pula rempah kari dan kacau sehingga sebati. Setelah rempah 
      kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika.
4.   Selepas itu masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
5.   Apabila telah mendidih, masukkan susu, kerisik, gula, garam kemudian 
       kacau sehingga sebati.
6.   Masak pajeri pada api perlahan dan biarkan seketika sehingga pajeri pekat
7.   Angkat setelah masak dan hidangkan.

Menu hidangan ini untuk dimakan lima orang....... kalau mahu lebih kena 
tambah lebih lagi.....  segala resipi ni bukan ambo yang buat tetapi isteri ambo.





Continue Reading…

Khamis, 11 April 2013

Berhati-hati dijalanraya

Sebagai Seorang penunggang motorsikal yang biasa berulang alik ke tempat kerja atau untuk ke Pejabat Pelajaran Daerah bagi urusan-urusan rasmi sekolah. ambo rasa ambo juga ingin berpesan kepada pemandu-pemandu kenderaan beroda empat dan keatas supaya sama-sama menghormati hak kami sebagai penunggang motorsikal diatas jalan. 

Sebagai penunggang motorsikal, kami terdedah terus kepada kecederaan sekiranya berlaku  kemalangan walaupun dalam keadaan kelajuan perlahan.

Sumber Gambar ouhtidak.blogspot.com

Walaupun ambo juga memiliki kereta tetapi ambo lebih selesa menunggang motorsikal kerana ia lebih menjimatkan masa dan kos petrol. Ambo sentiasa beringat dan berwaspada tetapi apa yang membimbangkan ambo ialah keadaan persekitaran dan keadaan pemandu-pemandu kenderaan lain.

Sebagai contohnya yang biasa berlaku ialah memasuki simpang jalan tanpa memberi lampu isyarat dan  melintas tanpa menoleh kiri dan kanan........ bagi pejalan kaki dan yang ni satu.. binatang ternakan

Sebagai pengguna jalanraya sama-samalah kita menghormati hak kita bersama.  Berhati-hati dijalanraya

Continue Reading…

Isnin, 8 April 2013

Pasang Bendera

Alhamdulillah hari ini ambo kembali sihat dan bersemangat....... selepas dua tiga hari diserang gastrik. Semangat untuk menulis di blog ambo kembali semula...... 

Hari ini kembali berkerja.......... kehilangan semalam tidak hadir berkerja tanpa memaklumkan menjadi tanda tanya pada bos...... katanya tidak hadir tanpa sebab...... tapi mujurlah bos jenis yang baik hati.

Bila sihat semuanya berjalan lancar...... Semalam menghadirkan diri di mesyuarat pengerusi-pengerusi poster.....

Sebelum itu pada sebelah petangnya ambo hanya menjadi pemerhati sahaja pada awok-awok ambo yang sedang memasang bendera..



Tok Ngulu ambo ni jenis yang rajin berkerja......... dia sendiri yang mengepalai memasang bendera.

Katanya Parlimen dah bubar, DUN pun dah bubar.........  JKKK akan dibubarkan pada bulan Jun ini. Mengharapkan agar sekali lagi terpilih sebagai Pengerusi JKKK a.k.a Tok Ngulu.

Kita pakat tunggulah persetujuan anak-anak buah dikampung ............... mungkin ada yang suka mungkin ada yang tidak.
Continue Reading…

Sabtu, 6 April 2013

Edisi Gotong royong

Parlimen dan DUN sudah dibubarkan. Kini awok awok ambo di kampung semakin sibuk.. disana sini bendera-bendera sudah siap terpacak ditepi jalan.

Walaupun keletihan kerana gastrik ambo mengagahi diri memenuhi undangan gotong royong..............Kali ini Gotong royong bagi membina pondok pos di cabang lima.........dah adat berkampung. Sekadar menempel muka ............ tidak banyak yang ambo dapat lakukan.



Dah ramai yang sedia memberi khidmat bakti,............... kali ini biar ambo pula yang jadi saksi






Tukang panjat







Tak banyak yang ambo nak tulis kali ini........ tubuh letih otak pun cukup sukar untuk menterjemah menjadi catatan yang sempurna... sekadar berkongsi gambar rasanya cukup memadai bagi ambo.


Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates