Ahad, 3 Mac 2013

Kenangan di masa kecil

Dua keping gambar lama yang ambo ambil dari facebook seorang rakan mengembalikan ingatan ambo ke zaman ambo kecil. Gambar pertama di bawah ini ialah gambar stesen bas Pekan Jerteh. Boleh dikatakan penganggkutan yang popular di masa ini ialah beca atau lebih popular dengan panggilan teksi walaupun ada perkhidmatan pengangkutan bas awam yang disediakan yang kami panggil bas kompeni iaitu sebuah syarikat Bas Pengangkutan yang dimiliki oleh Cina dari Kuala Terengganu.

Stesen bas Jerteh

Manakala dibawah ini merupakan satu-satunya panggung wayang yang ada di pekan Jerteh pada masa itu. Sekarang ini sudah tiada panggung wayang lagi. 

Saya dan rakan-rakan sanggup berkayuh sejauh lima kilometer semata-mata untuk menonton wayang terutamanya pada hari raya dan filem yang menjadi tontonan kami semestinya filem hindustan. Waktu itu umur saya dalam lingkungan 14 hingga 15 tahun.


Panggung Wayang Jerteh

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates