Khamis, 14 Mac 2013

Jalan Ini

Share it Please
Ceritanya sikit..  pagi tadi terima panggilan minta ambo carikan budak-budak motor untuk mengiringi Menteri Besar Terengganu ke Majlis perasmian Lebuhraya Keruak - Gunung Bongsu.

Berkebetulan pula malam ini ambo mengadakan  mesyuarat JKKK bagi bulan Mac dan akan membincangkan isu yang sama. Isu untuk ke majlis perasmian lebuhraya ini. Minta kerjasama dari jawatankuasa untuk hadir ke majlis ini dan membincangkan isu yang berkaitan dengan kemajuan kampung.

Berbalik isu lebuhraya ini... apa yang ambo tahu lebuhraya ini amat diperlukan oleh penduduk Hulu Besut khasnya dan penduduk di daerah Besut amnya. Dengan adanya lebuhraya ini jarak perjalanan untuk ke Kuala Lumpur dan Kuala Berang akan menjadi lebih singkat dan menjimatkan masa. 

Dengan adanya lebuhraya ini juga penduduk kampung keruak tidak lagi menjadi kampung di hujung pendalaman hulu besut dan rasa-rasa ambo banyak lagi pembangunan yang akan wujud dengan adanya jalan atau lebuhraya ini.

Tiada ulasan: