Selasa, 5 Mac 2013

Blog Cikgulinnie

Share it Please
Pagi-pagi lagi dia datang mencari ambo ... ingatkan ada hal-hal yang mustahak, rupa-rupanya pasal blog... Katanya dia terlupa alamat blog dia.  Ditaip alamat blognya dengan cikgulinnie@gmail.com. Memandangkan dia masih  belajar ambo meminta di menaip semula alamat blog dia dengan membuang @gmail dan menaip .blogspot.com dibelakangnya.

Masuk sahaja ke blog dia ambo terkejut. Dah maju rupanya anak murid ambo..(cikgu dah jadi anak murid). rupa-rupanya blog yang lain. Bukan blog yang dia minta ambo bagi tunjuk ajar dulu. Cantik cikgulinnie  tidaklah macam blog ambo yang lebih kure ni. Nama lagi cikgu kan?.

Dia pernah tanya ambo apa yang hendak ditulis didalam blog sedangkan facebook lagi mudah. Ambo nyatakan kedua-duanya berbeza dan menulis diblog itu menyeronokkan. Ambo bagi dua blog sebagai contoh penulisan blog iaitu blog Kujie.com dan Puanbee.com. Kedua-dua blog ni memang ambo minat gaya penulisannya. Kedua-duanya mempunyai gaya penulisan blog yang berbeza.

Harap-harap blog cikgulinnie ini akan kekal tidak seperti blog-blog dia yang lain semuanya kerana terlupa password. semoga cikgulinnie terus maju dalam berblog.

2 ulasan:

Kujie berkata...

bila baca entri ni...terus naik semangat nak update

sebenar benarnya... dalam minggu ni agak lemau sikit nak mengupdate blog...biasalah manusia ada mood pasang surutnya.

terimakasih kerana jadikan blog saya sebagai rujukan...

damalkamis berkata...

patutlah bila ziarah ke blog kujie ... sunyi je sehari dua