Jumaat, 22 Februari 2013

Berkaitan dengan pemakanan

Semalam ambo gi ko HUSM kubang Kerian. selepas jumpa dengan doktor ambo terus masuk ke Unit Dietetik dan adalah sikit sebanyak ambo tanya khabar tentang tip tip berkaitan dengan pemakanan dan ambo ingin kongsi bersama kat sini.

Kandungan Kolesterol Dalam Makanan Mentah

1.   Sangat Tinggi
      Otak lembu/kambing, Telur Kuning (itik, ayam dan puyuh

2.   Tinggi
      Hati, udang, sotong, mentega dan ketam

3.   Sederhana
      Ayam, daging kambing, daging lembu, sosej dan keju

4.   Rendah
      Ikan  dan susu segar

5.   Sayur-sayuran dan buah-buahan


Kandungan Vitamin A dalam sayur-sayuran

1.   Sangat Tinggi
      Daun turi, cekur manis, daun kari, lobak merah dan daun kelor

2.   Tinggi
      Kau-kei, pucuk ubi kayu, bayam merah, cemperai, daun pudina, kai lan, 
      remayang, kucai, bayam, ketumbar, mengkudu dan pak-coy

3.   Sederhana
      Sawi, lada merah, kangkung, pucuk betik, pucuk jagus, daun bawang, labu merah 
      dan pucuk paku

4.   Rendah
      Kacang panjang, kacang botol, lada hijau, tomato, kacang buncis, daun salad 
      dan batang keladi


Itu sedikit info yang ambo dapat semasa mengunjungi unit dietetik. Setengah setengah dari sayur yang disebut itu pun ambo sendiri tak kenal. apa yang penting ambo ingin kongsi bersama.



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates